19,807 kes baru Covid-19 hari ini
Iklan
MALAYSIA merekodkan 19,807 kes baru Covid-19 dalam 24 jam setelah mencatat lebih 20,000 jangkitan selama empat hari berturut-turut, kata Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.
Ini menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan kepada 1,555,093 kes.
Lembah Klang mendahului dengan 6,378. Selangor merekodkan 5,379 kes manakala Kuala Lumpur dengan 999 kes.
Ini merupakan kali pertama kes harian di Kuala Lumpur turun di bawah 1,000 sejak beberapa minggu lepas.
Sementara itu, enam negeri lain turut melaporkan lebih dari seribu jangkitan adalah Sabah dengan 2,638 jangkitan, Kedah (1,948), Sarawak (1,772), Pulau Pinang (1,501), Johor (1,391) dan Kelantan (1,196).
Negeri lain yang melaporkan angka jangkita bawah seribu adalah Negeri Sembilan (508), Perak (703), Melaka (558), Pahang (598), Terengganu (534), Putrajaya (24), Perlis (54), dan Labuan (4).
Dalam pada itu, sebanyak 469,690 vaksin Covid-19 diberikan semalam.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berkata 309,898 merupakan penerima dos pertama manakala 159,792 menerima dos kedua.
Setakat ini, 54.3% populasi dewasa telah lengkap divaksin sementara 73.7% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. – 22 Ogos, 2021.