Ismail Sabri hanya kitar semula Kabinet, kata pembangkang Sarawak
Iklan
DR Kelvin Yii menyifatkan Kabinet Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebagai Kabinet yang besar dan dikitar semula, dan tidak memberi keyakinan bagaimana negara akan bergerak ke depan dalam menangani Covid-19.
Selain beberapa muka baharu, Kabinet yang diumumkan Ismail Sabri pagi ini sebahagian besarnya adalah terdiri daripada Kabinet Muhyiddin Yassin dengan Ismail Sabri mengekalkan empat ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai menteri penuh dan empat sebagai timbalan menteri.
Dilantik semula memegang portfolio sebagai menteri kanan dan menteri kerja raya adalah Fadillah Yusof, yang juga ketua whip GPS di Parlimen.
“Kabinet terpakai dan bukannya Kabinet yang memberi inspirasi keyakinan bagi pembetulan semula radikal mengenai pendekatan kita terhadap Covid dan ekonomi.
“Rakyat dikecewakan dengan pelantikan memandangkan saiz Kabinet masih lagi terlalu besar,” kata ahli Parlimen Bandar Kuching.
Yii berkata Ismail Sabri sepatutnya fokus memaksimumkan sumber dalam memerangi Covid-19 dan membantu meringankan kesusahan dihadapi oleh rakyat, bukan mengukuhkan kekuatan politik.
Kata Yii, ada harapan rakyat yang tidak tertunai, iaitu agar menteri dilantik secara merit dan yang tidak menunjukkan prestasi memberangsangkan digugurkan. – 27 Ogos, 2021.
Berita penuh di sini