Jangkitan baharu Covid-19 kekal lebih 20,000 kes
Iklan
MALAYSIA mencatatkan 20,579 jangkitan baharu Covid-19 dengan lapan negeri masing-masing merekodkan lebih 1,000 kes dalam tempoh 24 jam terakhir, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua pengarah kesihatan berkata, angka kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 1,706,089.
Lapan negeri yang mencatatkan lebih 1,000 jangkitan adalah Selangor dengan 4,591 kes, Sabah (2,578), Johor (1,852), Sarawak (2,522), Kedah (1,755), Pulau Pinang (1,378) dan Kelantan (1,316).
Negeri dan wilayah persekutuan lain yang melaporkan kurang 1,000 kes hari ini adalah Kuala Lumpur dengan 680 cases, Negeri Sembilan (329), Melaka (636), Pahang (839), Terengganu (789), Putrajaya (48), Perlis (56) dan Labuan (2).
Sebanyak 336,646 dos vaksin diberikan semalam di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
Sehingga kini, 61.9% (14.4 juta) populasi dewasa di negara ini sudah menerima vaksin sepenuhnya, sementara 82.2% (19.2 juta) populasi dewasa menerima dos pertama vaksin mereka.
Labuan mencatatkan kadar vaksinasi tertinggi di negara ini dengan 63,830 orang atau 93.2% penduduk dewasa di wilayah persekutuan sudah divaksin sepenuhnya. – 29 Ogos, 2021.