Industri hotel rugi RM9 bilion, kata pakar
Iklan
INDUSTRI perhotelan dianggarkan menanggung kerugian sekitar RM9 bilion setakat ini selepas terpaksa ditutup berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan Covid-19 sejak dua tahun lalu, kata pakar industri.
Larangan rentas negeri yang dilaksanakan sejak Januari tahun ini turut memberi kesan kepada pemain industri, tambah mereka.
Pemain industri berkata penutupan itu menyebabkan mereka terpaksa membuat keputusan untuk memberhentikan pekerja, manakala yang lain diberi pilihan untuk pemotongan gaji.
Dengan sebahagian bvesar hotel sudah gulung tikar, mereka kini bimbang jumlah irtu akan meningkat dalam beberapa bulan akan datang.
Yap Lip Seng dari Persatuan Hotel Malaysia (MAH) berkata tinjauan yang dijalankan ke atas 320 hotel mendapati, setakat 14 Jun, 120 hotel di seluruh negara terpaksa gulung tikar manakala selebihnya menutup sementara operasi mereka.
MAH mempunyai 1,000 ahli.
Yap berkata berdasarkan maklum balas daripada pengusaha, dianggarkan kira-kira 15% hingga 20% pekerja diberhentikan manakala yang selebihnya diberi pilihan untuk potong gaji atau cuti tanpa gaji.
Katanya larangan perjalanan rentas negeri menjejaskan usaha untuk memulihkan industri dan menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan pelan jangka panjang bagi mengatasi masalah itu.
“Hotel sudah biasa dengan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan kerajaan. Masalah terbesar adalah larangan rentas negeri yang dikuatkuasakan sejak 22 Januari,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Menurut kajian MAH, kadar pelanggan hotel pada Januari tahun ini adalah 17%, Februari (27%), Mac dan April (18%) serta Mei dan Jun (15%).
Berbanding tahun lepas, kadar pelanggan bagi seluruh tahun 2021 adalah 23%, yang mana ia adalah terendah bagi sektor itu.
“Kita menbgalami kerugian RM5 bilion dalam separuh pertama tahun ini.
“Setakat Jun 2021, 320 hotel yang mengambil bahagian dalam tinjauan itu. dua telah gulung tikar manakala 91 ditutup sementara. Kira-kira 71% masih dibuka sebagai pusat kuarantin pesakit Covid-19,” kata Yap.
Industri mengalami kerugian RM6.5 bilion pada 2020. Jumlah kerugian keseluruhan setakat ini dianggarkan kira-kira RM9 bilion, tambahnya.
Tinjauan itu juga mendapati 28% hotel memilih untuk mengurangkan separuh kakitangan dan 51% lagi memilih langkah yang sama. Yap berkata ini amat membimbangkan kerana ia boleh membawa kepada kehilangan bakat dalam industri.
“Memburukkan lagi kos operasi dan peningkatan produktivi dan kecekapan, hotel mengehadkan tugas setiap pekerja. Kebanyakan pekerja juga terpaksa mengambil cuti tanpa gaji.”
Yap berkata, beliau menjangkakan pemulihan suram akan berlanjutan hingga tahun 2022, menyebabkan lebih banyak kerugian kerana kadar pelanggan hotel dijangka 35%.
Hotel bajet rugi RM80 juta
Sementara itu Timbalan Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) Sri Ganesh Michiel berkata, tinjauan yang dijalankan pada Jun mendapati 53% ahlinya telah tutup sepenuhnya kerana kadar pelanggan berkurangan kerana aSOP.
Sri Ganesh berkata hotel kecil dan sederhana biasanya menggaji kira-kira tujuh pekerja. Memandangkan 53% menggantung operasi sementara, ia menyebabkan 8,100 pekerja di 2,158 pekerja hotel bajet seluruh negara hilang pekerjaan.
“Hotel kecil dan sederhana dengan 40 bilik akan dikenakan bayaran rata-rata RM90 semalam. Berdasarkan anggaran kami, hotel bajet telah kehilangan lebih daripada RM84 juta pada separuh pertama tahun ini. “
Pengerusi MyBha Johor Jarod Chia berkata walaupun kerajaan melonggarkan sekatan terhadap mereka yang diberi vaksin sepenuhnya, namun kadar vaksinasi di Johor masih rendah.
Sehingga kini, kurang daripada 50% penduduk di negeri ini telah divaksinasi sepenuhnya.
Katanya, tidak seperti Lembah Klang, Johor bergantung kepada pelaburan asing dan pelancong dari Singapura.
Chia berkata memandangkan Singapura telah memvaksinasi sejumlah besar penduduknya, kerajaan negeri dan persekutuan harus mempercepat kadar vaksinasi untuk membentuk gelembung pelancongan dengan jirannya di seberang tambak.
Singapura memvaksinasi sekitar 80% penduduknya dan akan membenarkan kemasukan bebas kuarantin kepada pengunjung yang divaksinasi dari Jerman dan Brunei tidak lama lagi.
“Kami telah meminta Lembaga Pelancongan Johor untuk mempercepat pelaksanaan vaksinasi di kalangan mereka yang berada di industri perhotelan dan pelancongan.
“Walaupun Johor berhasrat melancarkan rancangan vaksinasi swasta, kami mendesak agar sektor kami diberi keutamaan dalam kempen imunisasi kebangsaan kerana kos vaksinasi swasta RM350 cukup tinggi.”
Menurut data Kementerian Kesihatan, pada 31 Ogos, hanya 1.29 juta orang dewasa di Johor yang telah diberi vaksin. Angka ini merangkumi 47.8% populasi negeri ini.
Gelembung perjalanan
Chia berkata vaksinasi adalah kunci untuk menghidupkan kembali ekonomi negeri.
Memandangkan situasi sekarang, beliau berkata tidak mungkin Singapura mengizinkan warganya pergi ke Johor, yang tidak jauh dari negara pulau itu.
Dia berkata ketika kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) tahun lalu, perniagaan telah meningkat untuk negeri lain.
Johor, bagaimanapun, tidak memanfaatkannya. Data dari Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan menunjukkan pada tahun 2020, negeri ini tidak termasuk dalam senarai lima destinasi pelancongan domestik.
Selangor mendahului senarai sebagai destinasi utama penduduk tempatan, diikuti Perak, Kuala Lumpur, Sabah dan Kedah.
Chia berkata jalan penyelesaian dari kesulitan mereka adalah dengan memberi vaksin kepada petugas barisan hadapan ekonomi di sektor pelancongan dan perhotelan secepat mungkin dan mendorong gelembung perjalanan. – 4 September, 2021.