Iklan

19,057 kes baharu Covid-19

Aminah Farid3 years ago4th Sep 2021Berita
Kl daily 030921 tmiseth 02
Sebanyak 19,057 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam terakhir dengan lapan negeri melaporkan lebih 1,000 kes. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 4 September, 2021.
Iklan

JUMLAH keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia hampir mencecah dua juta selepas sebanyak 19,057 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam terakhir, kata Kementerian Kesihatan hari ini.

Angka hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,824,439 jangkitan.

Daripada jumlah itu, lapan negeri melaporkan lebih 1,000 kes. 

Angka ini juga menunjukkan Sabah mencatatkan 2,279 kes dan Sarawak 2,723 kes menjadikan gabungan kedua-dua negeri ini melaporkan lebih banyak kes dari Lembah Klang.

Lembah Klang mencatatkan 4,504 kes dengan Selangor (3,775), Kuala Lumpur (711) dan Putrajaya (18).

Negeri-negeri yang mencatatkan peningkatan kes baru-baru ini adalah Johor (2,077), Pulau Pinang (1,558), Perak (1,450), Kelantan (1,434) dan Kedah (1,329).

Negeri-negeri ini antara yang diperkatakan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang perlu dipercepatkan vaksinasi mencapai liputan 50% populasi dewasa pada akhir bulan ini.

Negeri dan wilayah persekutuan lain yang melaporkan kurang 1,000 kes Covid-19 hari ini adalah Terengganu (605), Pahang (410), Melaka (338), Negeri Sembilan (242), Perlis (99) dan Labuan (9).

Sehingga kini, 66.7% (15,606,818) populasi dewasa sudah menerima dua dos vaksin Covid-19, sementara 86.6% (20,261,734) sudah menerima suntikan pertama mereka, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV). – 4 September, 2021.

Iklan
Iklan