Kematian Covid-19 catat angka kedua tertinggi hari ini
Iklan
MALAYSIA mencatatkan jumlah kematian Covid-19 kedua tertinggi hari ini dengan 362 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Angka tersebut menjadikan jumlah kematian keseluruhan akibat wabak itu menjadi 17,883 orang.
Terdapat juga 978 pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) dengan 460 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kes aktif kini sebanyak 256,302 selepas 21,582 kes pulih berbanding 19,507 jangkitan dilaporkan hari ini.
Dari jumlah kematian, 104 dilaporkan meninggal dunia di luar hospital dan 23 mempunyai sejarah komorbiditi.
Mengikut negeri, terdapat 152 kematian di Selangor, Johor (51), Sabah (55), Kuala Lumpur (24), Pulau Pinang (19), Perak (9), Kelantan (7), Kedah (20), Negeri Sembilan (13), Melaka (5), Pahang (2), Perlis dan Sarawak (2).
Sebanyak 16 kluster baharu juga dilaporkan di mana 12 melibatkan tempat kerja, tiga komuniti dan satu di institusi pendidikan.
Secara keseluruhan, negara ini mencatatkan 4,854 kluster dengan 1,455 masih aktif. – 4 September, 2021.