49 pesakit di ICU lengkap 2 dos vaksin Covid-19, kata KP kesihatan
Iklan
KEMENTERIAN Kesihatan mencatatkan 6,120 jangkitan Covid-19 yang membabitkan penerima dua dos vaksin hari ini, yang menunjukkan sedikit peningkatan daripada 5,893 semalam, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua pengarah kesihatan berkata, daripada jumlah tersebut, 49 berada di unit rawatan rapi (ICU).
Daripada jumlah itu beliau berkata, 16 pesakit berada dalam Kategori 5 dan memerlukan alat bantuan pernafasan.
Manakala 13 yang lain berada dalam Kategori 4 di mana pesakit mengalami radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen.
Sementara itu, 41 pesakit Kategori 3 berada dalam rawatan dan pemerhatian hospital.
Sebahagian besar kes melibatkan penerima dua dos vaksin berada dalam Kategori 1 iaitu asimtomatik 2,884 kes dan Kategori 2 simptomatik ringan 3,146 kes.
Bagaimanapun Noor Hisham berkata, sebahagian besar 19,057 kes baharu hari ini adalah melibatkan mereka yang belum menerima vaksin.
Sebanyak 8,544 atau 44.8% kes positif hari ini belum diberi vaksin atau hanya menerima satu dos vaksin Covid-19.
Terdapat 5,529 kes di Kategori 1, 7,093 di Kategori 2 dan 96 di Kategori 3.
Bagi peningkatan jumlah jangkitan, terdapat 90 kes di Kategori 4 dan 129 di Kategori 5.
Sehingga kini, 66.7% (15,606,818) populasi dewasa negara sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 sementara 86.6% (20,261,734) sudah menerima suntikan pertama mereka, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV). – 3 September, 2021.