Iklan

Pembangkang Sarawak sukar tarik pengundi, kata penganalisis politik

Desmond Davidson3 years ago5th Sep 2021Berita
Sarawak (6)
Sukar bagi pembangkang untuk memenangi hati pengundi tempatan kerana selain tiada pemimpin yang dikenali, mereka kurang dana dan pengalaman.– Gambar fail The Malaysian Insight, 5 September, 2021.
Iklan

PERJUANGAN menuntut hak dan kebajikan rakyat Sarawak tidak cukup bagi pembangkang untuk menarik sokongan pengundi pada pilihan raya negeri akan datang, kata penganalisis.

Sukar bagi mereka untuk memenangi hati pengundi tempatan kerana selain tiada pemimpin yang dikenali, pembangkang kurang dana dan pengalaman serta janji-janji tidak pasti yang hanya akan memudahkan mereka dikalahkan.

Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) yang juga penganalisis politik Prof Dr Jayum Jawan beliau berpandangan parti Bumi Kenyalang (PBK) atau perikatan baharu seperti Gabungan Anak Sarawak (Gasak) tidak akan memberi sebarang impak dalam pilihan raya.

PBK, yang ditubuhkan pada 2 September 2013 dan dipimpin oleh bekas Adun DAP Voon Lee Shan, merupakan satu-satunya parti politik yang memperjuang hak-hak rakyat Sarawak yang diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Manakala Gasak, yang ditubuhkan tahun lalu, adalah gabungan terdiri daripada lima kumpulan iaitu penyokong Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) Baru, Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi), Parti Pekerja Sarawak (SWP), penyokong Sarawak for Sarawakians (S4S) dan penyokong Sarawak Independence Alliance (SIA).

“PBK dan Gasak masih baru, kurang pengalaman dalam politik Sarawak. PBK baru berusia lapan tahun (dan) memerlukan masa yang sangat panjang untuk terik sokongan rakyat tempatan sehingga mempunyai penyokong tegar,” Jawan memberitahu The Malaysian Insight.

Gasak pula sebuah gabungan pelbagai kumpulan.

“Mereka mungkin boleh bersatu atas dasar bahawa mereka sama-sama mahu menumbangkan GPS (Gabungan Parti Sarawak).”

PBK tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2016, tetapi sebuah lagi yang memperjuangkan autonomi iaitu Parti Reformasi Sarawak (Star).

Star meletakkan 10 calon, kebanyakannya di kawasan bandar, tetapi kesemuanya hilang wang deposit.

Secara keseluruhannya, kata Jawan, beliau tidak nampak bagaimana pembangkang di Sarawak akan bersatu kerana masing-masing tidak banyak memperjuangkan isu yang sama.

Malah PBK dan Gasak tiada pemimpin yang cukup dikenali dan diyakini serta keudia-duanya tiada sebarang pencapaian yang dapat menarik sokongan pengundi.

Menurut Jawan, berbeza dengan GPS, gabungan itu berjaya menuntut beberapa hak Sarawak seperti kawalan penuh terhadap sumber minyak dan gas di negeri itu, mengenakan cukai jualan 5% ke atas produk petroleum dan membincangkan 17 daripada 21 perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 bersama kerajaan persekutuan.

“Pembangkang hanya boleh menawarkan cara untuk menyelesaikan perkara berbangkit, sedangkan GPS sudah berjaya mendapatkan beberapa hak… jadi, tidak banyak (janji) yang akan tarik pengundi semasa berkempen,” katanya.

Janji kurang jelas

Sementara itu, James Chin dari Universiti Tasmania berkata parti-parti yang memperjuangkan hak-hak Sarawak sukar untuk menempah kejayaan dalam tempoh lima tahun akan datang kerana mereka hanyalah kumpulan kecil.

Malah perjuangan mereka dalam isu MA63 juga tidak jelas, tambahnya.

“Semua parti politik Sabah dan Sarawak termasuk parti-parti utama, memperjuangkan MA63. Itu sudah pasti.

“Tetapi sukar untuk katakan secara tepat tentang apa yang diperjuangkan. Tiada perincian melainkan mereka akan kata ‘kami berjanji akan memastikan hak-hak kita dikembalikan,” katanya kepada The Malaysian Insight. – 5 September, 2021.    

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan