Iklan

Malaysia lapor 20,396 kes baharu Covid-19

Aminah Farid3 years ago5th Sep 2021Berita
Icu story 210621 tmiseth 01
Malaysia melaporkan 20,396 kes baharu Covid-19 hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 September, 2021.
Iklan

MALAYSIA melaporkan 20,396 kes baharu Covid-19 selepas empat hari merekodkan kes bawah 20,000, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan itu berkata lapan negeri melaporkan lebih 1,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam lepas, dengan Sarawak merekodkan kes tertinggi sebanyak 3,747 kes.

Rekod tertinggi negeri itu sebelum ini adalah pada 2 September apabila 2,992 kes baharu dilaporkan.

Selain Sarawak, negeri yang merekodkan lebih 1,000 kes baharu hari ini adalah Selangor (3,886), Sabah (2,136), Johor (2,165), Kedah (1,587), Pulau Pinang (1,961) Kelantan (1,078,) dan Perak (1,057). 

Negeri lain yang merekodkan bawah 1,000 kes hari ini adalah Kuala Lumpur (597), Negeri Sembilan (269), Melaka (459), Pahang (486), Terengganu (861), Putrajaya (25), Perlis (78) dan Labuan (4). 

Dalam aspek vaksinasi, sebanyak 300,501 suntikan vaksin Covid-19 diedarkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan dewasa yang sudah menerima vaksin penuh di Malaysia kepada 15,722,760 orang atau 67.4%. 

Semalam, 134,559 orang menerima dos pertama mereka manakala 165,942 lagi menerima dos kedua.

Setakat ini, 20,401,824 orang atau 87.2% populasi dewasa Malaysia sudah menerima satu dos vaksin.

Lembah Klang mengatasi Labuan semalam sebagai negeri dengan kadar vaksinasi tertinggi, seramai 5,901,965 orang atau 95.7% populasi dewasanya sudah menerima vaksin penuh. – 5 September, 2021.

Iklan
Iklan