Iklan

336 kematian baharu, korban wabak di Malaysia kini 18,219 orang

Aminah Farid3 years ago5th Sep 2021Berita
Covid-19 funeral 20210724 tmihasnoor 004
Jumlah korban wabak Covid-19 di Malaysia kini melebihi 18,000 orang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 September, 2021.
Iklan

MALAYSIA melaporkan 336 kematian disebabkan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sekaligus menaikkan jumlah keseluruhan korban wabak negara kepada 18,219 orang, kata Kementerian Kesihatan hari ini.

Sementara itu, jumlah kes aktif pula sebanyak 255,789 kes, kurang sedikit berbanding semalam dengan 256,392 kes.

Daripada jumlah kes aktif itu, 959 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan 460 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata 20,573 kes lagi pula diisytiharkan pulih berbanding 20,396 kes baharu hari ini.

Sehingga kini, 1,570,827 orang pulih daripada jangkitan koronavirus.

Daripada jumlah kematian hari ini, 107 kes adalah kematian dibawa ke hospital (BID) dan 249 kes lagi mempunyai sejarah penyakit komorbiditi.

Berdasarkan pecahan negeri, 171 kematian dilaporkan di Selangor, Johor (38), Sabah (33), Pulau Pinang (20), Kedah (19), Sarawak (12), Kelantan (10), Perak (8), Melaka (7), Negeri Sembilan (6), Pahang dan Kuala Lumpur (4), Perlis (3), serta Labuan (1). 

37 kluster baharu turut dilaporkan, 21 daripadanya adalah kluster tempat kerja, 12 kluster komuniti, tiga kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster baharu di pusat tahanan.

Secara keseluruhannya, negara melaporkan 4,891 kluster dengan 1,457 daripadanya masih aktif. – 5 September, 2021.

Iklan
Iklan