Undang-undang anti lompat parti atau pilihan raya semula
Iklan
JIKA ada hikmahnya di sebalik krisis politik yang menyaksikan negara ini bertukar perdana menteri dan kerajaan sebanyak tiga kali dalam tempoh tiga tahun, ialah semakin ramai wakil rakyat berpihak kepada undang-undang anti lompat parti.
Sebab utamanya ialah kerana jumlah agak tinggi wakil rakyat yang melompat parti sejak pilihan raya umum (PRU) pada 2018.
Bersatu misalnya, menerima 25 wakil rakyat yang melompat keluar daripada Umno dan PKR sepanjang dua tahun lalu. Parti itu pada masa ini mempunyai 31 kerusi Parlimen, walaupun hanya memenangi 13 kerusi pada 2018 dan memecat enam ahli Parlimen tahun lalu.
Sokongan terhadap undang-undang sedemikian kini diterima daripada kedua-dua blok parti politik, tetapi ia masih belum ditetapkan sama ada ia akan dalam bentu undang-undang anti lompat parti atau mekanisme mengadakan pilihan raya semula.
Apa perbezaan antara kedua-dua pilihan itu, dan apakah kelebihan dan kekurangannya?
Undang-undang anti lompat parti: larangan secara jelas
Bekas ahli jawatankuasa pembaharuan pilihan raya Dr Wong Chin Huat berkata undang-undang anti lompat parti secara umumnya lebih jelas dan akan mengguna pakai klausa perlembagaan, berbanding akta parlimen.
“Ia secara asasnya mengatakan kerusi itu akan secara automatik kosong apabila seseorang wakil rakyat keluar atau dipecat daripada parti mereka, dan keadaan ini akan mencetuskan pilihan raya kecil (jika dibandingkan) dengan klausa lain,” katanya.
Bagaimanapun, Artikel 54(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan kekosongan kerusi yang berlaku dalam tempoh kurang dua tahun daripada PRU berikutnya akan dibiarkan kosong kecuali kerajaan pemerintah terjejas akibat kekosongan itu.
Wong berkata ada dua masalah membabitkan klausa anti lompat parti.
“Pertama ia tidak akan dapat terpakai kepada gabungan lompat parti contohnya Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan atau parti di Malaysia timur keluar daripada Barisan Nasional selepas 2018.
“Oleh itu, wakil rakyat lompat parti boleh dihukum hanya jika mereka melakukannya secara individu dan bukannya apabila keseluruhan parti keluar.
“Kedua, ia mungkin disalahgunakan pemimpin parti yang memecat wakil rakyat yang berbeza pandangan dengannya atau pesaingnya, untuk mengosongkan kerusi mereka.
“Ini akan menjadikan pemimpin parti sangat berkuasa, dan jika sesebuah kerajaan ada majoriti kukuh, penyokong kerajaan akan menjadi penyorak eksekutif, menghasilkan Parlimen ‘rubber stamp’,” katanya.
Bagi menjadikan ia berkesan, undang-undang anti lompat parti juga perlu dapat menangani isu wakil rakyat yang bertukar kesetiaan, walaupun tidak keluar parti.
“Kalau tidak, mereka akan kekal dalam parti untuk mensabotaj parti berkenaan atau tunggu dipecat untuk pintas undang-undang anti lompat parti,” kata Wong.
Pilihan raya semula: biar pengundi tentukan
Sebaliknya, pilihan raya semula yang dicadangkan bekas perdana menteri Umno Najib Razak dan bekas timbalan yang di-Pertua Azalina Othman Said, dapat menyelesaikan kedua-dua masalah berkenaan dengan membiarkan pengundi tentukan untuk mengadakan PRK menerusi sistem petisyen, menurut pakar pilihan raya.
“Selepas seseorang wakil rakyat keluar parti, pengundi berdaftar di kawasan berkenaan akan diberi peluang mencadangkan pilihan raya semula. Dan jika cukup pengundi (40%) yang menyokong petisyen itu, satu PRK kemudian diadakan,” kata Wong.
Beliau berkata sistem petisyen di bawah mekanisme pilihan raya semula dapat menangani situasi di mana seseorang wakil rakyat meletak jawatan daripada partinya atas alasan berdasarkan kepada prinsip.
“Pertama, jika pengundi mahu menghukum mana-mana ahli Parlimen yang keluarga gabungan parti, mereka boleh memaksa kerusi itu dikosongkan.
“Kedua, jika wakil rakyat keluar atau dipecat daripad aparti dengan sokongan pengundi di kawasannya, maka beliau dapat kekal di situ kerana tiada cubaan mengadakan pilihan raya semula,” katanya.
Wong berkata mekanisme pilihan raya semula lebih serba boleh berbanding undang-undang anti lompat parti, kerana pengundi yang sebenarnya “memecat” wakil rakyat. – 6 September, 2021.
Berita penuh di sini.