Malaysia catat 17,352 kes baharu Covid-19 hari ini
Iklan
MALAYSIA merekodkan 17,352 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini yang mana ia merupakan kali pertama dalam tempoh 13 hari kes direkodkan sekitar 17,000, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua pengarah kesihatan berkata kali terakhir negara merekodkan jumlah kes bawah 18,000 adalah pada 23 Ogos apabila 17,672 kes direkodkan.
Kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,862,187.
Buat pertama kalinya dalam tempoh beberapa bulan, Selangor tidak lagi berada di kedudukan pertama yang merekodkan jumlah kes harian tertinggi. Negeri itu merekodkan 2,126 kes semalam.
Sarawak menduduk tangga teratas selepas merekodkan 3,714 kes jangkitan baharu.
Semalam Sarawak merekodkan 3,747 kes jangkitan.
Negeri lain yang turut merekodkan kes lebih 1,000 adalah Sabah dengan 1,844 kes jangkitan, Johor (2,101), Kedah (1,599), Pulau Pinang (1,558), Kelantan (1,213), dan Perak (1,082).
Manakala lapan negeri yang merekodkan jumlah kes bawah 1,000 adalah Negeri Sembilan (193), Kuala Lumpur (398), Malacca (295), Pahang (463), Terengganu (700), Putrajaya (23), Perlis (38) dan Labuan (5).
Sementara itu sebanyak 289,958 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam, menjadikan 68% atau 15,926,601 populasi dewasa menerima vaksin penuh.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) berkata 136,177 menerima vaksin dos pertama semalam, manakala 153,841 menerima dos kedua.
Sehingga kini, 20,543,016 orang atau 87.8% poipulasi dewasa menerima dos pertama vaksin di Malaysia. – 6 September, 2021.