272 kes kematian baharu Covid-19
Iklan
MALAYSIA merekodkan 272 kes kematian baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kepada 18,491, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua pengarah kesihatan berkata bagaimanapun jumlah kes aktif di Malaysia menurun daripada 255,789 kepada 252,668.
Daripada jumlah keseluruhan kes aktif, 975 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, dengan 435 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata 20,201 kes pulih dan 17,352 kes jangkitan baharu turut dilaporkan hari ini.
Setakat ini, 1,591,028 pesakit pulih daripada Covid-19.
Daripada jumlah keseluruhan kes kematian, 81 adalah kematian luar hospital dan 167 mempunyai sejarah penyakit kronik.
Mengikut negeri, 63 kes kematian direkodkan di Selangor dan Johor, Sabah (31), Kuala Lumpur (21), Pulau Pinang (20), Sarawak (17), Kedah (14), Negeri Sembilan (9), Kelantan (8), Terengganu (7), Melaka dan Pahang (6), Perak (5), dan Perlis (2).
30 kluster baharu turut direkodkan hari ini yang mana 16 daripadanya berkait tempat kerja, tujuh komuniti, empat kumpulan berisiko tinggi, dua institusi pendidikan dan satu pusat tahanan.
Secara keseluruhannya negara merekodkan 4,921 kluster dengan 1,453 masih aktif. – 6 September, 2021.