Iklan

5,911 kes baharu Covid-19 libat penerima lengkap vaksin, kata KP kesihatan

Aminah Farid3 years ago6th Sep 2021Berita
Migrant workers vaccine bukit jalil tmi 20
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah pesakit Covid-19 yang sudah lengkap divaksinasi menurun berbanding 6,887 pada semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 September, 2021.
Iklan

KEMENTERIAN Kesihatan hari ini melaporkan 5,911 jangkitan baharu Covid-19 hari ini melibatkan mereka yang sudah lengkap divaksinasi, menurun berbanding 6,887 pada semalam, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan berkata seramai 77 pesakit yang lengkap divaksinasi berada dalam Kategori Tiga (radang paru-paru), Empat (radang paru-paru dan perlukan oksigen) dan Lima (kritikal) hari ini.

Tambahnya, 5,834 yang lain berada dalam Kategori Satu (tiada gejala) dan Kategori Dua (gejala ringan).

Bagaimanapun, Noor Hisham berkata, 11,441 daripada 17,352 kes baharu hari ini tidak divaksinasi atau telah menerima satu dos vaksin Covid-19.

Dari jumlah itu, 7,528 orang yang tidak divaksinasi berada dalam Kategori Satu dan Dua, manakala 118 dalam Kategori Tiga hingga Lima.

Bagi mereka yang telah menerima satu dos, 3,722 berada dalam Kategori Satu dan Dua, manakala 73 dalam Kategori Tiga hingga Lima.

Sementara itu, setakat semalam, sebanyak 68% atau 15,926,601 individu daripada populasi dewasa di negara ini sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

JKJAV berkata vaksinasi harian semalam merekodkan 289,958 dos dengan 136,177 daripadanya merupakan dos pertama daripada vaksin dua dos manakala 153,841 adalah dos lengkap.

Menurut JKJAV, 20,543,016 individu di negara ini menerima sekurang-kurangnya satu dos termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino. – 6 September, 2021.

Iklan
Iklan