Iklan

18,547 kes baharu Covid-19

Aminah Farid3 years ago7th Sep 2021Berita
Kl daily 050921 tmiseth 02
Malaysia mencatatkan 18,547 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 meningkat kepada 1,880,734. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 September, 2021.
Iklan

MALAYSIA mencatatkan 18,547 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 meningkat kepada 1,880,734.

Untuk hari kedua berturut-turut, Selangor tidak menduduki tempat teratas untuk jumlah jangkitan baharu harian. Negeri ini mencatatkan 2,407 jangkitan baharu hari ini.

Bagaimanapun, Sarawak mencatatkan jangkitan tertinggi hari ini dengan 3,200 kes. Semalam negeri ini mencatatkan jumlah kes melebihi jangkitan di Selangor.

Ini menjadikan Sarawak sebagai negeri yang mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dalam angka 3,000 kes selama tiga hari berturut-turut sejak Ahad iaitu sebanyak 3,747 jangkitan.

Negeri lain yang melaporkan lebih 1,000 kes adalah Sabah dengan 2,107 jangkitan, Johor (2,174), Kedah (1,487), Pulau Pinang (1,776), Kelantan (1,458) dan Perak (1,197). 

Negeri yang melaporkan kurang 1,000 kes adalah Negeri Sembilan (229), Kuala Lumpur (631), Melaka (448), Pahang (742), Terengganu (645), Putrajaya (22), Perlis (20) dan Labuan (4) .

Kementerian Kesihatan memberikan 313.751 dos vaksin Covid-19 semalam, menjadikan jumlah yang sudah diberi vaksin sepenuhnya sebanyak 16.107.712 atau 68.8% populasi orang dewasa. – 7 September, 2021.

Iklan
Iklan