311 kematian baharu Covid-19
Iklan
MALAYSIA mencatatkan 311 kematian Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 18,802, kata Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.
Walaupun angka kematian menghampiri 19,000 kes selepas melepasi angka 18,000 pada Ahad lepas, jumlah kes aktif Covid-19 terus menurun dari 252,668 kepada 252,002.
Daripada jumlah tersebut, 977 pesakit berada di unit rawatan rapi dengan 447 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 18,902 kes pulih dilaporkan melebihi 18,547 kes baharu yang direkodkan hari ini.
Sehingga kini, seramai 1,609,903 pesakit pulih dari Covid-19.
Dari jumlah kematian 93 dinyatakan meninggal dunia di luar hospital dan 220 mempunyai sejarah komorbiditi.
Di negeri, terdapat 55 kematian di Selangor, 53 di Johor, 45 di Sabah, 43 di Kedah, 34 di Pulau Pinang, 20 di Perak, 14 di Kelantan, 12 di Terengganu, masing-masing 10 di Kuala Lumpur dan Melaka, masing-masing lima di Sarawak dan Pahang, tiga di Negeri Sembilan, dan dua di Perlis.
Putrajaya dan Labuan tidak melaporkan sebarang kes.
Sebanyak 39 kluster baharu dilaporkan di mana 23 berkaitan dengan tempat kerja, 13 komuniti, satu di antara kumpulan berisiko tinggi, satu di institusi akademik dan satu di pusat tahanan.
Secara keseluruhan, negara ini mencatatkan 4,960 kluster dengan 1,465 masih aktif. – 7 September, 2021.