Iklan

6,132 kes Covid-19 babit penerima 2 dos vaksin

Aminah Farid3 years ago7th Sep 2021Berita
Anjung kelana june 17, 2021 afif 01
Sebanyak 6,132 jangkitan baharu direkodkan membabitkan penerima dua dos vaksin daripada 18,547 kes hari ini, kata Dr Noor Hisham Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Ogos, 2021.
Iklan

KEMENTERIAN Kesihatan mencatatkan 6,132 jangkitan baharu membabitkan penerima dua dos vaksin daripada 18,547 kes hari ini, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan berkata, sebanyak 69 kes melibatkan pesakit yang diberi vaksin sepenuhnya berada dalam kategori tiga (pneumonia), empat (pneumonia dan memerlukan bantuan oksigen) dan lima (tahap kritikal).

Sebanyak 6,063 kes yang lain berada dalam kategori satu asimptomatik dan kategori dua iaitu simptomatik ringan.

Dr Noor Hisham berkata, majoriti – 12,415 daripada 18,547 kes baharu hari ini melibatkan mereka yang tidak divaksin atau mereka yang menerima satu dos vaksin.

Di antara mereka yang tidak divaksin, 8,088 berada di Kategori 1 dan 2, 168 lagi di Kategori 3 hingga 5.

Di antara mereka yang menerima satu dos, 4,088 berada di Kategori 1 dan 2, 71 lagi berada di Kategori 3 hingga 5.

Kementerian Kesihatan Malaysia memberikan 313,751 dos vaksin Covid-19 semalam, menjadikan sebanyak 68.8% atau 16,107,712 populasi dewasa sudah menerima vaksin sepenuhnya.

Sehingga kini, 20,677,827 orang atau 88.3% populasi dewasa sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 di Malaysia. – 29 Ogos, 2021.

Iklan
Iklan