Iklan

Mahkamah tegur anak Zahid berhubung hantaran Instagram

Hailey Chung Wee Kye3 years ago8th Sep 2021Berita
Screenshot 2021-09-08 at 10.11.28 am
Tangkapan skri dari Instagram Nurulhidayah Ahmad Zahid, yang telah dipadamkan, menyatakan bahawa pihak pendakwaan meminda peruntukan Seksyen 30 (7) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 1 Oktober 2018 untuk meneruskan kes terhadap bapanya. – Tangkapan skrin Instagram, 8 September, 2021.
Iklan

ANAK perempuan Ahmad Zahid Hamidi pagi ini ditegur oleh Hakim Collin Lawrence Sequerah berikutan hantaran atas taliannya berkenaan kes rasuah ayahnya yang sedang berjalan melibatkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga memberitahu orang ramai untuk tidak memberikan komen di media sosial mengenai perbicaraan yang sedang berjalan kerana ia boleh menjadi subjudis.

“Mahkamah perlu memberi amaran tentang komen seperti itu yang boleh membawa kepada sub-judis. Komen seperti itu tidak boleh dibuat semasa perbicaraan sedang berlangsung,” kata Hakim Sequerah.

Nurulhidayah Ahmad Zahid, 42, semalam mengulas di akaun Instagram peribadinya mengenai hak tertuduh untuk mendapat imuniti dan mendakwa pihak pendakwaan berprasangka buruk terhadap ayahnya.

Nurulhidayah kemudian memuat naik satu permohonan maaf kepada mahkamah di Instagram dan berjanji perkara seumpama itu tidak akan berulang.

Apabila perbicaraan bermula pada jam 9.25 pagi hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran meminta Collin untuk melarang hantaran seperti itu di media sosial yang akan menjadi subjudis untuk kes tersebut.

“Kita meminta mahkamah untuk melarang mereka yang menulis dan semua yang mungkin akan memberikan komen mengenai prosiding ini.

“Kami memandang serius perkara ini. Buat masa ini, saya belum diarahkan untuk memulakan prosiding menghina,” kata Raja Rozela. 

Sebagai maklum balas, Collin berkata “ini bukan masalah kecil”. 

Peguam Hamidi Mohd Noh berkata, pasukan akan meminta penulis untuk memadam hantaran berkenaan mengikut kehendak mahkamah sambil menambah bahawa “ini jauh di luar kawalan kita”.

Bagaimanapun catatan tersebut sudah pun dipadam.

Kapsyen Nurulhidayah yang dikatakan sebagai salinan saksi pendakwaan Rosni Zahari dari Umno menyatakan bahawa pihak pendakwaan telah meminda peruntukan Seksyen 30 (7) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 1 Oktober 2018 untuk meneruskan kes terhadap bapanya.

Ini berkaitan dengan apa yang berlaku di mahkamah pada Isnin lepas.

Kemudian, pihak pembelaan mengemukakan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu perlu diberi imuniti kerana sebelum ini sudah memberikan maklumat kepada SPRM.

Peguam Hisyam The Poh Teik berpendapat bahawa Zahid Sudha membuat dua kenyataan kepada SPRM pada 2 Julai dan 3 Julai 2018 dan oleh itu dilindungi di bawah subseksyen 30 (7) Akta SPRM. – 8 September, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan