Mahkamah diberitahu pendakwaan perlu buktikan Zahid arah peguam deposit dana
Iklan
PIHAK pendakwaan perlu membuktikan Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan peguam dari Lewis & Co untuk deposit dana ke akaun firma guaman itu, menurut kenyataan peguam bela di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Peguam bela Zahid, Hisyam teh Poh Teik berkata pihak pendakwa perlu membuktikan bahawa Zahid mengarahkan Muralidharan Balan Pillai memasukkan wang yang didakwa diperoleh menerusi aktiviti haram ke 25 akaun tetap (FD) berbeza yang diuruskan Lewis & Co dengan Malayan Banking Berhad (MBB).
Presiden Umno berdepan 25 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Peguam bela memberitahu hakim Collin Lawrence Sequerah bahawa bukti Muralidharan, yang merupakan saksi pendakwaan ke-87, tidak boleh dipercayai.
“Ini adalah versi Muralidharan bahawa semua wang yang masuk ke Lewis & Co kemudian dimasukkan ke dalam akaun FD milik Yayasan Al-Falah (YAF). Bukti beliau adalah beliau bertindak untuk YAF dan bukan Yayasan Akalbudi.
“Mengikut undang-undang, Zahid adalah orang luar atau benar-benar asing bagi wang milik YAF dan dengan itu, tidak memiliki kemampuan undang-undang untuk memberikan arahan yang sah, baik secara langsung atau tidak langsung, kepada Muralidharan,” kata Hisyam.
Beliau juga berkata sebagai peguam, Muralidharan juga wajib memasukkan wang ke dalam akaun FD pelanggannya.
“Muralidharan setuju dalam pemeriksaan balas bahawa dia memasukkannya ke dalam FD kerana pematuhan wajib Kaedah-Kaedah Akaun Peguam Cara (Faedah Deposit) 1990.
“Konsesi Muralidharan ini telah membunuh kes pendakwaan berkenaan dengan semua 25 tuduhan pengubahan wang haram yang mana mereka mendakwa bahawa tertuduh memberi arahan kepada Muralidharan agar sejumlah wang dimasukkan ke dalam FD dengan MBB,” Hisyam berhujah. – 9 September, 2021.
Berita penuh di sini.