Iklan

Etnik Penan buat sekatan halang pembalakan di 'tanah adat' 

Desmond Davidson3 years ago14th Sep 2021Berita
Penan
Sekumpulan etnik Penan membuat sekatan bagi menghalang syarikat pembalakan menceroboh kawasan hutan yang didakwa sebagai tanah adat mereka.– Gambar The Malaysian Insight, 14 September, 2021.
Iklan

ETNIK Penan di kawasan pedalaman Long Ajeng Sarawak terpaksa membuat sekatan bagi menghalang syarikat pembalakan menceroboh kawasan hutan yang didakwa sebagai tanah adat mereka.

Menurut mereka, kawasan hutan terbabit juga merupakan sumber pencarian makanan dan pendapatan.

Kumpulan aktivis alam sekitar yang berpangkalan di Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF) berkata sekumpulan penduduk Penan membuat sekatan di laluan pembalakan di kawasan hulu Baram berhampiran sempadan Sarawak-Kalimantan Khamis lalu bagi menghalang jentera syarikat pembalakan Samling daripada menceroboh tanah berkenaan.

Kawasan terbabit terletak berhampiran Batu Siman, salah satu kawasan pergunungan ikonik di tengah-tengah kawasan perlindungan yang dirancang.

BMF turut berkongsikan gambar masyarakat Penan memegang sepanduk tertulis “hentikan penebangan hutan” dan “Mai Teveng Kayeu Me” (Jangan tebang pokok kami) serta “Amaran kepada syarikat pembalakan - Hutan ini adalah kawasan tradisi Penan. Jangan ceroboh tanah dan hak kami.”

Kawasan yang dibuat sekatan itu juga dikenali sebagai Baram Peace Park.

Tahun lalu, Pertubuhan Pembalakan Tropika Antarabanga meluluskan projek yang dipersetrujui kerajaan, yang bertujuan untuk melindungi dan membangnkan kawasan berkenaan secara lestari dengan peningkatan penyertaan masyarakat.

Sekatan Long Ajeng adalah perkembangan terbaru dalam pertelingkahan yang berlarutan antara komuniti pribumi negeri di Baram dan syarikat pembalakan seperti Samling. – 14 September, 2021.

Iklan
Iklan