Iklan

PKR Sarawak tolak cadangan guna logo Pakatan pada pilihan raya negeri 

Desmond Davidson3 years ago14th Sep 2021Berita
Pkr
Iklan

PKR Sarawak membuat keputusan untuk menolak cadangan menggunakan logo Pakatan Harapan pada pilihan raya negeri akan datang.  

Alasan yang diberikan berhubung keputusan itu adalah logo PH tidak dikenalai dalam kalangan penduduk di Sarawak.  

PKR negeri itu berkata keputusan berkenaan dibuat pada mesyuarat majlis pimpinan negeri untuk menggunakan logo parti kerana ia dikenali dalam kalangan penduduk dan pengundi. 

Bagaimanapun tidak dinyatakan bila atau dimana mesyuarat berkenaan diadakan. 

Menurutnya keputusan itu juga dibuat sebulat suara.

“Semua ketua cabang seluruh Sarawak menyokong sepenuhnya keputusan majlis pimpinan negeri untuk semua calon PKR menggunakan logo parti yang sinonim dengan perjuangan untuk pembaharuan dan keadilan serta membanteras rasuah. 

“Bahkan, rakyat Malaysia yakin bahawa logo PKR berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14,” tambahnya dalam satu kenyataan hari ini. 

Pilihan raya negeri Sarawak dijangka akan diadakan bila-bila masa selama 60 hari selepas perintah darurat di Sarawak dibatalkan pada 2 Februari tahun depan.

Penggal Dewan Undangan Negeri akan tamat pada 6 Jun tahun ini namun berikutan perintah darurat diisytiharkan pada 2 Januari untuk menangani Covid-19, pilihan raya masih belum dapat diadakan. 

Perintah darurat seluruh negara tamat pada 1 Ogos namun Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat selama enam bulan di Sarawak bermula 2 Ogos hingga 2 Februari tahun depan berikutan lonjakan kes Covid-19.– 14 September, 2021.

Iklan
Iklan