Iklan

Bukti saksi belot kes Zahid patut diterima, kata peguam

Hailey Chung Wee Kye3 years ago15th Sep 2021Berita
Ahmad zahid hamidi court (2)
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berdepan 47 pertuduhan membabitkan dana Yayasan Akalbudi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 September, 2021.
Iklan

KETERANGAN saksi belot (hostile witness) pendakwaan dalam perbicaraan rasuah Ahmad Zahid Hamidi perlu diterima walaupun pihak pendakwaan mahu ia ditolak, kata pihak pembelaan hari ini.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi membenarkan ahli perniagaan Junaith Asharab Md Shariff dianggap sebagai belot oleh pihak pendakwaan kerana terdapat perbezaan antara kenyataan bertulis dan keterangannya.

Peguam pembelaan Hisyam Teh Poh Teik hari ini berkata terdapat dua pandangan bagi keterangan Junaith, saksi pendakwaan ke-36, selepas beliau dianggap sebagai belot.

Pandangan pertama adalah keseluruhan bukti Junaith perlu ditolak, tetapi Teh berkata pandangan yang lebih digemari adalah mengambil sebahagian daripada bukti Junaith.

Sebagai contoh, bukti Junaith berkaitan dengan RM13 juta yang bertujuan untuk kebajikan patut diterima, tambahnya.

Bagi pertuduhan ke-12 dan ke-13, Zahid didakwa menerima rasuah daripada Junaith dengan 13 cek bernilai RM8 juta dari Mastoro Kenny IT Consultant & Services dan 10 cek bernilai RM5 juta daripada Berani & Jujur Trading.

Transaksi antara 7 Disember 2016 hingga 8 Februari 2017 didakwa menjadi sogokan untuk bekas menteri dalam negeri membantu Mastoro Kenny dalam mendapatkan projek MyEG kerajaan, yang berada di bawah kelolaan Kementerian Dalam Negeri. – 15 September, 2021.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan