Iklan

Wabak bukan punca kematian selain Covid-19 meningkat, kata Khairy

Aminah Farid3 years ago17th Sep 2021Berita
Img 6357 (2)
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata tidak ada peningkatan dalam purata jumlah kematian setiap bulan untuk pesakit bukan Covid-19 sejak sebelum wabak bermula. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 September, 2021.
Iklan

PANDEMIK Covid-19 tidak mengakibatkan peningkatan kematian yang tidak berkaitan dengan Covid-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa, menurut data, tidak ada peningkatan dalam purata jumlah kematian setiap bulan untuk pesakit bukan Covid-19 sejak sebelum wabak bermula.

Dalam jawapan bertulis Parlimen, Khairy menunjukkan bahawa jumlah kematian yang melibatkan pesakit bukan Covid-19 pada 2019 adalah 62,258 diikuti oleh 56,988 tahun lalu dan 31,086 dari Januari hingga Ogos tahun ini.

Ini setara dengan 5,188 kematian setiap bulan secara purata pada 2019 iaitu sebanyak 4,749 tahun lalu dan 3,886 setakat tahun ini.

Beliau menjawab pertanyaan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching-PH) mengenai rancangan kerajaan menangani peningkatan kes dan kematian bukan Covid-19.

Sementara kerajaan menangani wabak itu, Khairy berkata Kementerian Kesihatan terus merawat pesakit lain terutama dalam situasi darurat.

Beliau menambah bahawa kementerian sudah mengambil langkah untuk memberi jaminan pesakit bukan Covid-19 juga dirawat.

“Melanjutkan operasi bilik pembedahan dan klinik pakar di hospital tertentu, mengoptimumkan penggunaan hospital bukan pakar dan tentera untuk prosedur perubatan tertentu serta menggerakkan pakar perubatan dari hospital awam dan swasta ke kemudahan yang tidak mempunyai pakar antara beberapa contoh langkah yang diambil,” katanya.

Menurut Khairy, kementerian juga sudah menyerahkan perkhidmatan tertentu kepada institusi swasta dan melancarkan perkhidmatan dalam talian seperti klinik maya.

Kekhuatiran telah dikemukakan berkenaan penumpuan sistem kesihatan awam terhadap pandemik menyebabkan waktu menunggu yang lebih lama bagi pesakit bukan Covid-19, ini mengakibatkan beberapa pesakit tidak memenuhi waktu janji temu perubatan dan sebagainya, yang akhirnya meningkatkan jumlah kematian.

Penyelidikan yang dilakukan oleh sekumpulan pakar bedah dan bius dari beberapa negara pada Mei tahun lepas menunjukkan bahawa 151,717 pembedahan di Malaysia ditangguhkan dalam tempoh 12 minggu bermula Mac, dengan kadar pembatalan kira-kira 70.9%.

Menurut CovidSurg Collaborative, kira-kira 28 juta pembedahan elektif mungkin dibatalkan atau ditangguhkan secara global tahun ini sehingga membahayakan nyawa mereka yang terlibat.

Bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye memberi amaran pada Julai bahawa pemberhentian perkhidmatan pesakit luar boleh menyebabkan lonjakan kematian berkaitan Covid-19. – 17 September, 2021.

Iklan
Iklan