Iklan

Bermulanya usaha menarik 135,000 pengundi muda Sarawak

Desmond Davidson3 years ago19th Sep 2021Berita
Iklan

PARTI pemerintah Sarawak, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilaporkan mempunyai kelebihan dalam usaha menarik sokongan pengundi baharu berusia antara 18 hingga 20 tahun bagi pilihan raya negeri akan datang, kata penganalisis.

Walaupun gabungan empat parti itu mungkin sudah mencuri kelebihan berbanding parti pembangkang, penganalisis bersetuju bagaimana 135,000 pengundi muda itu akan mengundi dan pihak mana yang disokong mereka bagaimanapun masih menjadi persoalan.

Mereka meramalkan bagaimana mereka akan memilih kerana hakikatnya ia adalah kali pertama pengundi dalam kumpulan umur itu menjalankan tanggungjawab mereka.

Undi mereka pada pilihan raya akan datang sudah pasti selepas Mahkamah Tinggi Kuching mengarahkan Putrajaya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempercepatkan pendaftaran mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas pada 3 September.

“Kita berada dalam satu situasi yang belum pernah ditempuhi,” kata penganalisis politik James Chin dan ahli politik muda Simon Siah.

Mereka berkata, secara umumnya sukar untuk memberitahu atau meramalkan ketika ini kesan pengundi baharu dalam pilihan raya negeri kerana tiada data atau kecenderungan disebabkan mereka yang berusia 18 atau 20 tahun tidak pernah mengundi sebelum ini.

Sementara Chin berkata, beberapa tinjauan pendapat umum menunjukkan ada “bukti kuat” orang muda umumnya anti pembangunan, mereka mahukan politik untuk melayan kepentingan mereka dan pada pemikiran mereka ahli politik tidak berkhidmat untuk orang muda, namun ia tidak mungkin berlaku di Sarawak.

Bagi menyokong dakwaannya, Chin berkata sebagai contoh, Undi18 Sarawak yang memaksa kerajaan persekutuan dibawa ke mahkamah disebabkan kelewatan itu, adalah pro GPS.

“Mereka mendakwa mereka badan bebas tapi sebenarnya tidak,” kata pakar tadbir urus Asia di Universiti Tasmania itu.

Chin berkata, “semua” pertubuhan yang sepatutnya menyasarkan golongan muda sebenarnya berkaitan secara langsung atau tidak dengan kerajaan negeri. – 19 September, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan