Iklan

Pekerja desak syarikat runding dulu keputusan henti kerja dari rumah

Aminah Farid3 years ago21st Sep 2021Berita
49930868286 8d99882d73 b
Penganalisis projek Nadira Aqilah Bajuri, 29, bekerja dari rumah sambil menjaga anak perempuannya. - Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 21 September, 2021.
Iklan

SEBILANGAN pekerja belum membuat keputusan sama ada mahu kembali bekerja mengikut jadual pejabat biasa yang kini dibenarkan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) mengikut kadar vaksinasi syarikat.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight syarikat perlu berunding terlebih dulu dengan mereka sebelum memutuskan untuk menarik semula arahan kerja dari rumah sekiranya syarikat berhasrat untuk melakukannya.

Mereka berkata banyak kebaikan dan keburukan selepas hampir 18 bulan bekerja dari rumah.

Tambah mereka, satu kelemahan bekerja dari rumah adalah mereka juga harus bekerja “lebih keras” untuk menjaga anak sambil bekerja tetapi kebaikannya adalah mereka dapat bersama keluarga di rumah dan dapat berehat seperti tidur sebentar bagi mendapatkan semula tenaga.

Bagi pegawai bank Mohamed Tisham, 29, beliau percaya majikan perlu memberi kelonggaran untuk pekerjanya memilih sama ada mereka lebih suka bekerja dari rumah atau pejabat.

Bagi dirinya, beliau lebih suka kedua-duanya digabungkan.

Beliau berkata pada masa ini, pejabatnya mengekalkan penggiliran bekerja dari rumah di antara pekerja di mana hanya sebilangan pekerja dibenarkan masuk ke pejabat setiap hari dan hanya beberapa kali seminggu.

“Saya secara peribadi berasa lebih meletihkan berada di rumah berbanding di pejabat. Terutama bagi mereka yang membesarkan anak kecil di rumah.

“Saya sudah terbiasa tidak mempunyai waktu rehat seperti makan tengahari dan lain-lain. Sekarang saya terbiasa melewatkan sarapan dan makanan tengah hari selama berbulan-bulan,” katanya.

Di bawah PPN, skema kerja dari rumah di negeri Fasa 2 di peringkat mengikut kadar vaksinasi syarikat.

Syarikat yang mempunyai 80% pekerja mereka yang diberi vaksin sepenuhnya boleh bekerja di lokasi dengan kapasiti 100%; berkapasiti 80% jika 60% diberi vaksin dan berkapasiti 60% jika 40% kakitangan diberi vaksin sepenuhnya.

Perubahan budaya kerja

Sementara itu, pengarah pemasaran Shaza Nurmelina, 32, berkata tidak sabar untuk kembali ke pejabat kerana sudah setahun bekerja dari rumah dan merindukan suasana di pejabat.

“Saya suka bekerja dari rumah kerana memberi saya kebebasan untuk menetapkan waktu kerja saya sendiri sebagai contoh, jika saya tahu hari tertentu saya banyak kerja yang harus dilakukan, saya boleh mula bekerja seawal jam 7 pagi sehingga saya dapat menyelesaikan kerja saya pada jam 5 petang dan saya tidak perlu bersiap untuk bekerja, jadi dapat jimatkan banyak masa,” katanya.

Katanya, bekerja dari rumah juga membolehkannya tidur sebentar selepas makan tengah hari, yang mana boleh membantunya menjadi lebih produktif selepas itu.

Shaza berkata beliau percaya banyak yang sudah mengubah gaya kerja apabila bekerja dari rumah.

Oleh itu, beliau menyarankan syarikat melakuan tinjauan dalam kalangan pekerja untuk menentukan perubahan yang ingin mereka lihat di sekitar pejabat.

“Faktanya adalah syarikat tidak boleh berharap untuk kembali ke rutin lama iaitu kerja di waktu pejabat kerana dunia sudah berubah dan gaya hidup juga berubah,” katanya. – 21 September, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan