Iklan

Pedofilia Sarawak begitu licik, kata polis

Desmond Davidson3 years ago21st Sep 2021Berita
Alladin lanim sarawak molest tmi 210921  full (1)
Akhbar Sydney Morning Herald melaporkan Alladin Lanim, 40, mencabul kanak-kanak berumur dua hingga 16 tahun sejak 2017. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 September, 2021.
Iklan

PEDOFILIA warga Malaysia yang berasal dari Lundu, Sarawak, begitu licik kerana tiada laporan pernah dibuat melibatkan jenayah seksual kanak-kanak di daerah itu sepanjang 14 tahun, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Aidi Ismail.

“Tak pernah ada satu pun laporan dibuat,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Serian, kira-kira 51km dari Kuching.

Alladin Lanim, 40, pekerja ladang kelapa sawit di Lundu, pada 17 Ogos lalu dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan 12 sebatan atas kesalahan mencabul lima kanak-kanak lelaki berumur lapan hingga 14 tahun.

Akhbar Sydney Morning Herald melaporkan Alladin megah dengan kegiatan terkutuknya di dalam forum pemesejan (messaging forum) dan memuat naik aktivitinya di dark web atau web tertutup. Laporan juga menyebut Lanim mencabul kanak-kanak berumur dua hingga 16 tahun sejak 2017.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Aidi Ismail. – Gambar The Malaysian Insight, 21 September, 2021.

Alladin akhirnya berjaya diberkas pada 15 Julai, selepas dua tahun dijejaki pegawai penyiasat khas dari Polis Persekutuan Australia, Polis Queensland serta Pusat Analisis dan Laporan Transaksi Australia (AUSTRAC). 

Tangkapan Alladin adalah hasil kerjasama pihak polis Malaysia bersama polis Australia yang mengenal pasti identitinya melalui kegiatannya di darkweb, kata Aidi dalam kenyataan pada 9 September.

Mahkamah Sesyen Kuching bulan lalu dimaklumkan Alladin memaksa kanak-kanak menonton video pornografi selepas membenarkan mereka bermain permainan video di telefon bimbitnya. – 21 September, 2021.     

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan