RM593 juta untuk peralatan rawat pesakit Covid-19 di hospital, kata Khairy
Iklan
PUTRAJAYA memperuntukkan RM593 juta bagi menyediakan peralatan tambahan untuk merawat pesakit Covid-19 di hospital di seluruh negara, kata Khairy Jamaluddin kepada Dewan Rakyat hari ini.
“Kami membelanjakan RM593 juta bagi membeli peralatan tambahan seperti katil di unit rawatan rapi (ICU), ICU Modular, alat bantuan pernafasan, kanula hidung oksigen aliran tinggi, ultrasound dan banyak lagi bagi memastikan kes-kes krtikal Covid-19 dirawat dengan baik.
“Ini adalah sumbangan RM148 juta dalam peralatan yang kami terima dari luar negera dan dalam negera,” kata menteri kesihatan.
KKM bekerjasama dengan pembekal dari luar negara dan tempatan bagi membekalkan peralatan merawat pesakit Covid-19.
Khairy menjawab soalan Abdullah Sani Abdul Hamid (Kapar-PH), Mohd Redzuan Md Yusof (Alor Gajah-PN) dan Teo Nie Ching (Kulai-PH).
Ketika ditanya berapa banyak kerajaan membelanjakan untuk merawat setiap pesakit Covid-19 sehingga kini, Khairy berkata soalan itu akan dijawab dalam kenyataan bertulis.
Sejak awal wabak bermula, Malaysia melaporkan lebih 2.1 juta kes di negara ini. Di antaranya terdapat lebih 1.8 juta kes pulih, 24,078 kematian dan 4,648 kes kematian di luar hospital (BID). – 22 September, 2021.