Tuntutan imuniti Zahid tidak masuk akal, kata pihak pendakwaan
Iklan
PENDAKWAAN dalam perbicaraan rasuah Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempersoalkan mengapa presiden Umno itu mengambil masa yang lama untuk menuntut imuniti, semasa penutupan hujah dalam kes melibatkan dana dari Yayasan Akalbudi.
Timbalan Pendakwaraya Raja Rozela Raja Toran memberitahu mahkamah bahawa adalah tidak masuk akal jika imuniti diberikan kepada mana-mana tertuduh yang memberikan maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau juga berpendapat adalah salah untuk mengatakan pihak pendakwaan bergantung pada kenyataan Zahid terhadap SPRM kerana terdapat bukti daripada 89 saksi awam dalam perbicaraan termasuk pegawai penyiasat.
Raja Rozela memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah bahawa tuntutan imuniti Zahid tidak dapat didengar oleh mahkamah hari ini kerana bukan forum yang tepat.
Pada hari pertama hujahan, peguam bela kepada bekas timbalan perdana menteri, Hisyam Teh Poh Teik berpendapat bahawa Zahid harus diberi imuniti kerana telah membuat dua pernyataan kepada SPRM pada 2 Julai dan 3 Julai 2018 dan oleh itu dilindungi di bawah sub-seksyen 30 (7) Akta SPRM.
Raja Rozela hari ini membantah bahawa pihak pembelaan tidak boleh mempunyai tafsiran secara langsung mengenai Akta SPRM.
“Skop dan maksud subseksyen (7) tidak boleh dibaca secara terpisah tetapi harus dibaca secara harmoni dengan ketentuan lain dari akta tersebut.
“Pengecualian dari pendakwaan tidak akan diberikan jika hasil siasatan menunjukkan bahawa orang tersebut sudah melakukan kesalahan di bawah akta ini.
“Oleh itu, tertuduh tidak berhak ke atas tuntutan tersebut hanya kerana sudha memberikan maklumat kepada SPRM,” katanya.
Pihak pendakwaan juga bertanya mengapa pihak pembelaan tidak mengemukakan tuntutan imuniti pada peringkat awal terutama ketika pertuduhan dibacakan pertama kali di Mahkamah Sesyen pada 19 Oktober 2018. – 22 September, 2021.
Berita penuh di sini.