Program vaksinasi remaja amat penting, kata Khairy
Iklan
TERMA imuniti kelompok tidak akan digunakan lagi, sebaliknya fokus kini tertumpu kepada memberi suntikan vaksin kepada seramai mungkin penduduk di negara ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Oleh itu, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja katanya amat penting dalam usaha membendung pendemik Covid-19.
“Saya sebagai menteri kesihatan, saya tidak lagi guna terma imuniti kelompok. Pada waktu kita mulakan program vaksinasi, kita menggunakan formula yang konvesional untuk kira herd immunity yang didapati bahawa antara 70 hingga 80 peratus vaksinasi baru dapat herd immunity.
“Tetapi pada waktu itu sebelum penularan varian Delta. Sebab itu kita jangan lagi melihat kepada soal herd immunity, kita kena pastikan bahawa liputan vaksin itu seluas mungkin.
“Sebab itu PICK Remaja sangat penting. Kita sedang melihat kepada data ujian klinikal yang dikeluarkan oleh Pfizer untuk vaksinasi kepada golongan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun,” katanya semasa menggulung perbahasan usul Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.
“Sebab tidak cukup untuk 80 hingga 90 peratus dewasa sahaja terima vaksin kerana kanak-kanak tidak divaksin,” katanya dalam sesi perbahasan usul menjunjung kasih Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
PICK Remaja akan dilaksanakan secara ‘walk-in’ (jumpa terus) di 156 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara bermula hari ini.
Langkah itu memudah dan mempercepatkan lagi proses pemberian vaksin kepada remaja.
Setakat 20 September lalu, lebih 300,000 remaja 308,000 berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 di seluruh negara.
Sarawak paling awal memulakan program tersebut pada 8 September, diiktui Labuan pada 11 September dan Sabah pada 19 September. – 23 September, 2021.