Iklan

Cukai terhadap golongan kaya tidak bantu ekonomi pulih, kata pakar

Khoo Gek San3 years ago25th Sep 2021Berita
49974175153 5d3f9c090a o
Bukan langkah tepat kenakan cukai terhadap golongan kaya, malah ada banyak sumber baharu boleh dilaksanakan antaranya cukai pembangunan terhadap syarikat gergasi di Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 September, 2021.
Iklan

MENGENAKAN cukai terhadap golongan kaya bukan strategi tepat membantu kerajaan yang ekonomi terkesan teruk akibat pandemik Covid-19, kata pakar cukai.

Sebaliknya, mereka menyarankan kerajaan mencari sumber pendapatan baharu selain mengkaji semula dasar dan insentif cukai sedia ada.

Antara cukai baharu dicadangkan mereka termasuk cukai pembangunan ke atas syarikat dan syarikat gergasi teknologi seperti Amazon, Netflix, YouTube, Google dan Facebook.

Koong Lin Loong, rakan pengurusan akaun bertauliah Reanda LLKG International berkata, “merompak orang kaya untuk tolong orang miskin” tidak produktif dan boleh mengakibatkan terhentinya pelaburan asing dan domestik.

Katanya, kerajaan perlu pertimbang melaksanakan cukai pembangunan 3% hingga 5% ke atas syarikat yang memperoleh keuntungan lebih RM1 juta.

“Saya tidak syor kenakan cukai kepada orang kaya kerana ini akan menjejaskan keyakinan pelabur. Kita tidak boleh memilih untuk memberi cukai kepada orang kaya setiap kali negara perlukan wang,” kata Koong kepada The Malaysian Insight.

“Untuk tambah pendapatan kerajaan, perlu pertimbang kenakan cukai pembangunan 12 bulan dan naikkan pasaran harta tanah.”

Koong berkata 74% daripada hasil cukai negara adalah cukai langsung, ia datang dari cukai pendapatan korporat atau peribadi, minyak dan harta tanah sementara 26% adalah cukai tidak langsung, yang datang dari duti setem, cukai domestik, cukai kastam dan cukai import.

“Sektor harta tanah juga perlu dibiarkan. Menaikkan duti setem ke atas harta tanah tidak akan memberi kesan dalam membantu kerajaan memperoleh lebih banyak pendapatan.”

Untuk menjana lebih banyak pendapatan dari cukai pembangunan, Koong berkata kerajaan perlu sediakan ruang yang baik bagi perniagaan untuk tahun berikutnya kerana ini akan memungkinkan mereka menjana lebih banyak pendapatan dan membayar lebih banyak cukai.

“Apabila syarikat tempatan dan asing bergerak dengan baik, itu akan memberi kesan limpahan pada pasaran tenaga kerja.”

Beliau juga menyarankan kerajaan mendorong pelaksanaan Pelepasan Khas Cukai Peribadi Covid untuk membantu cukai pendapatan peribadi.

“Malaysia perlu tingkatkan pendapatan dengan mengurangkan perbelanjaan. Untuk tujuan ini, negara ini hilang banyak wang dari pengelakan cukai. “

Kementerian Kewangan juga telah menerapkan Program Khas Pengakuan Sukarela (SVDP) untuk mendorong pembayar cukai secara sukarela tampil isytihar sebarang cukai yang belum dibayar, terkurang atau tersilap dilaporkan kepada Kastam.

Minggu lalu, bekas perdana menteri Najib Razak mencadangkan cukai pemulihan sementara yang disasarkan kepada golongan kaya selama dua tahun ke depan dalam usaha meningkatkan pendapatan kerajaan.

Beliau turut mencadangkan kerajaan mengenakan cukai kepada syarikat gergasi teknologi yang berada di Malaysia, seperti Amazon, Netflix, YouTube, Google, dan Facebook, yang memperoleh banyak keuntungan, tetapi tidak pernah dikenakan cukai di sini. – 25 September, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan