Kabinet batal MTP rakyat Malaysia ke luar negara, kata sumber
Iklan
KABINET memutuskan untuk membatalkan kelulusan MyTravelPass (MTP) kepada rakyat Malaysia yang ingin melancong ke luar negara, kata sumber.
Mereka memberitahu The Malaysian Insight keputusan itu akan berkuatkuasa serta-merta dan rakyat Malaysia yang meninggalkan negara ini tidak lagi perlu membuat permohonan pas daripada Jabatan Imigresen.
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet hari ini, kata mereka.
MTP dikeluarkan untuk mereka yang melakukan perjalanan ke luar negara selepas sempadan ditutup berikutan pandemik Covid-19.
Ketua pengarah jabatan Khairul Dzaimee Daud sebelum ini berkata pas itu berkuat kuasa untuk memantau pergerakan pelancong yang masuk dan keluar dari negara ini sebagai sebagian daripada usaha untuk mengekang penyebaran kes Covid-19.
Langkah itu juga menerima kritikan kerana proses permohonan yang panjang dan remeh, kata satu sumber.
Pengerusi Persatuan Ejen Pelancongan Malaysia, Mohd Khalid Harun baru-baru ini menggesa kerajaan membatalkan sistem MTP kerana prosesnya terlalu membebankan dan memakan masa sekitar 14 hari. – 24 September, 2021.
Berita penuh di sini