Putrajaya belanja RM1.6 bilion ganti 148 sekolah daif, kata PM
Iklan
PUTRAJAYA akan membelanjakan RM1.6 bilion bagi menggantikan 148 sekolah daif di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) supaya dapat wujudkan persekitaran lebih kondusif kepada pelajar, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata penggantian sekolah-sekolah ini akan dijalankan mulai tahun ini.
Ismail berkata selain perbelanjaan untuk mengganti sekolah, kerajaan juga akan membina empat kompleks sekolah dan lima sekolah baharu dengan kos RM848 juta.
“Untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, pembangunan bakat amat penting.
“Oleh itu, sistem pendidikan perlu mengeluarkan modal insan berkualiti dan berkemahiran tinggi bagi memenuhi kehendak industri,” katanya di Dewan Rakyat ketika membentangkan RMK12. – 27 September, 2021.
MENYUSUL