Iklan

Tinjauan dapati lebih 50% peserta MM2H tidak perbaharui visa

Khoo Gek San3 years ago30th Sep 2021Berita
Malaysia second home2  full
Presiden Persatuan Ejen MM2H Anthony Liew berkata beliau bimbang melihat Malaysia bergerak ke belakang sedangkan negara jiran lain aktif menarik pelabur asing ketika pandemik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 September, 2021.
Iklan

LEBIH separuh pemohon Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) terpaksa beralih ke negara jiran memandangkan mereka tidak dapat penuhi syarat dikenakan kerajaan Malaysia, menurut tinjauan Persatuan Ejen MM2H (MM2HCA) baru-baru ini.

Tinjauan terhadap 925 responden dari Eropah, Amerika Syarikat dan pelbagai negara juga menunjukkan 98% peserta MM2H tidak memenuhi syarat baharu, sehingga mereka tidak ada pilihan selain mempertimbangkan negara-negara Asia Tenggara lain seperti Thailand, Filipina, Indonesia dan Singapura.

Japan Club Kuala Lumpur (JCKL) juga membuat tinjauan yang menumpu pada peserta MM2H Jepun, melaporkan 90.9% daripada 799 peserta Jepun tidak memenuhi syarat pendapatan bulanan Malaysia sebanyak RM40,000.

Hasil kajian juga menunjukkan 88.4% daripada mereka tidak bersetuju dengan syarat tersebut, dengan 68.7% tidak berpuas hati dengan syarat simpanan tetap RM1 juta dalam bank.

MM2HCA berkata 75% daripada 686 peserta MM2H melaporkan mereka telah menetap di Malaysia lebih lima tahun. Peserta ini kebanyakannya dari Jepun, Korea Selatan, China, Eropah, Amerika Syarikat, Hong Kong, Taiwan dan United Kingdom.

Presiden MM2HCA Anthony Liew memberitahu The Malaysian Insight, 55% peserta telah memutuskan untuk tidak perbaharu visa mereka.

Katanya tinjauan juga menunjukkan lebih 490 responden berminat pindah ke Thailand.

Liew berkata beliau bimbang melihat Malaysia bergerak ke belakang sedangkan negara jiran lain aktif menarik pelabur asing ketika pandemik.

Pada September, pemerintah Thailand umum langkah baharu untuk menarik profesional berpendapatan tinggi dan empat kategori individu lain supaya menetap dan berhijrah ke Thailand dengan tahap kadar cukai setara dengan rakyat Thailand.

Kategori yang ingin negara itu sasarkan adalah golongan kaya yang sering membuat perjalanan. Mereka boleh mohon melalui pelaburan langsung asing (FDI) atau pelaburan harta tanah bernilai AS$500,000 (RM2,0844,10) dan syarat lain.

Kategori kedua adalah untuk pesara kaya dan yang ketiga adalah untuk profesional yang berminat untuk tinggal dan bekerja dari jauh di Thailand. Kategori keempat adalah profesional berteknologi tinggi.

Dianggarkan Thailand dapat menarik 1 juta warga asing menetap di negaranya, sekali gus meningkatkan pelaburan dan percukaian.

Ia juga meramalkan dalam tempoh lima tahun, peti simpanan negara akan bertambah dengan pelaburan 800 bilion baht (RM100,186 juta) dan pendapatan cukai 270 bilion baht (RM33.8 bilion). – 30 September, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan