Iklan

Tiada cadangan naikkan denda majikan tidak jaga kebajikan rumah buruh, kata menteri

Saravanan wak 20201001 113653
Menteri Sumber Manusia M Saravanan berkata banyak majikan terbeban dengan krisis ekonomi kesan daripada pandemik Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 September, 2021.
Iklan

KERAJAAN tidak bercadang untuk menaikkan denda kepada majikan yang gagal mematuhi undang-undang menyediakan kemudahan kediaman yang wajar kepada pekerja dalam sektor pembuatan dan pembinaan, kata Menteri Sumber Manusia M Saravanan.

Menaikkan denda bukan langkah terbaik sekarang, katanya, ketika kebanyakan majikan terbeban dengan krisis ekonomi kesan dari pandemik Covid-19.

“Walaupun buat masa ini kita kenakan denda sebanyak RM50,000 kepada mana-mana syarikat yang gagal mematuhi  Akta 446 dan RM50,000 itu adalah untuk setiap pekerja.  

“Tapi denda buat masa ini mungkin bukan satu pendekatan yang baik memandangkan negara menghadapi kegawatan  ekonomi dan banyak syarikat menghadap masalah termasuk kekurangan tenaga kerja,” katanya pada Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan dari Che Abdullah Nawi (Tumpat-PAS) berkenaan cadangan menaikkan denda kepada majikan di sektor pembuatan dan pembinaan yang gagal mematuhi yang gagal mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan 2019) atau Akta 446. – 28 September, 2021.

MENYUSUL

Iklan
Iklan