Iklan

Pelancong pilih hotel mewah, inap desa di Langkawi terjejas teruk

Khoo Gek San3 years ago29th Sep 2021Berita
000 9mz6rq
Seramai 8,587 pelancong tiba di Langkawi menggunakan pesawat sementara 4,020 tiba dengan feri menerusi dua jeti sepanjang dua minggu program gelembung pelancongan bermula. – Gambar AFP, 29 September, 2021.
Iklan

DUA minggu sejak bermula program gelembung pelancongan Langkawi, pengendali industri di pulau itu tidak melihat sebarang petanda pemulihan ekonomi, walaupun berduyun rakyat Malaysia melancong ke sana, kata pakar.

Mereka berkata pihak paling teruk terjejas ialah hotel bajet, susulan pelancong berkunjung ke pulau peranginan itu sepanjang tempoh berkenaan memilih untuk menginap di hotel mewah kerana ia menawarkan lebih banyak kemudahan.

Program gelembung pelancongan yang bermula 16 September lalu menyaksikan 12,607 pelancong ke pulau di Kedah itu pada minggu pertama.

Timbalan Presiden Persatuan Pelancongan Domestik Cina Malaysia Saw Beng Teik yang baru pulang dari Langkawi berkata tidak banyak perubahan dan peningkatan dalam industri pelancongan tempatan.

Katanya, perniagaan inap desa, sewa kenderaan atau restoran masih perlahan.

Bagaimanapun, katanya kadar penginapan bagi hotel empat dan lima bintang penuh kerana kebanyakan pelancong terdiri daripada kalangan keluarga yang lebih gemar hanya duduk di hotel dan menggunakan kolam renang, bukannya pergi bersiar-siar di pulau itu.

“Lokasi tumpuan sekitar pulau seperti paya bakau, kereta kabel dan pantai lengang pada siang hari. Hanya bila petang, ramai keluar berjalan-jalan di pantai Cenang untuk melihat matahari terbenam.”

Walaupun tidak ramai pelancong kelihatan di sekitar pulau, Saw berkata pesawat penuh dalam penerbangannya pulang ke Kuala Lumpur pada 24 September, dan lapangan terbang sesak.

Ketika program gelembung pelancongan itu kali pertama diumumkan, Saw berkata agensi pelancongan menerima banyak pertanyaan tetapi mereka tidak membantu pelanggan membuat tempahan penginapan.

“Perniagaan sewa kereta perlahan kerana hotel menyediakan perkhidmatan itu secara percuma untuk penginapan dua atau tiga hari. Hotel juga tawarkan penginapan malam kedua percuma untuk tempahan dua hari satu malam.”

Walaupun bermula dengan agak perlahan, tempahan di agensi Saw kini penuh bagi 1 Oktober hingga 7 Oktober.

Mereka yang pada awalnya agak ragu-ragu untuk ke Langkawi kini lebih terbuka kerana ia tidak begitu sesak dan tiada kes Covid-19 dilaporkan di pulau itu.

Daripada 12,607 pelancong ke Langkawi dari 16 hingga 22 September,

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Mohd Firdaus Ahmad berkata daripada 12,607 pelancong ke Langkawi dari 16 hingga 22 September, 11,853 adalah rakyat tempatan manakala 754 warga asing yang menetap di Malaysia.

Sempadan masih ditutup bagi pengunjung dari luar negara.

Seramai 8,587 pelancong tiba di Langkawi menggunakan pesawat sementara 4,020 tiba dengan feri menerusi dua jeti. – 29 September, 2021.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan