RM2.8 bilion dibelanja untuk PICK setakat ini, kata menteri Mosti
Iklan
KERAJAAN mendedahkan sebanyak RM2.8 bilion dari keseluruhan peruntukan RM5.8 bilion sudah dibelanjakan setakat Ogos bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia Adham Baba memberitahu Parlimen, RM2.6 juta dari perbelanjaan tersebut diperuntukkan bagi pembelian vaksin.
Selain itu, ia turut melibatkan RM210 juta untuk penyumber luaran pengamal perubatan swasta RM19 juta untuk aset program PICK dan RM11 juta bagi bekalan pakai habis.
“Bekalan penyelidikan vaksin termasuk kad vaksin dan borang kebenaran (RM1.9 juta), kos pengurusan vaksin (RM1.3 juta), survelan pasca imunisasi dan naik taraf sistem KKM (RM443,000),” katanya.
Beliau menjawab soalan daripada Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Kajang) yang menuntut penjelasaan jumlah perbelanjaan dari peruntukan RM5.8 bilion untuk PICK.
Putrajaya mengumumkan RM4.8 bilion daripada peruntukan RM5.8 bilion untuk pelaksanaan PICK itu disalurkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan RM1 bilion pula kepada Mosti. – 30 September, 2021.