Kerajaan berusaha kembalikan hak Sabah dan Sarawak, kata menteri
Iklan
KETERLIBATAN pemegang taruh dan pembentangan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menggerakkan inisiatif utama transformasi akan dijalankan dalam tempoh 100 hari ditetapkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, kata Menteri Undang-Undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Pindaan itu termasuklah peruntukan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang sedang diteliti dengan serius oleh kerajaan dalam usaha meminda perlembagaan bagi mengembalikan hak penduduk Sabah dan Sarawak, tambahnya.
Wan Junaidi berkata satu siri keterlibatan antara kerajaan Sabah dan kumpulan hak tempatan bagi membincangkan pindaan itu sedang dijalankan, menambah yang mengembalikan hak negeri Malaysia Timur adalah keutamaan terpenting.
Kesemua ini akan dijalankan dalam tempoh 100 hari, katanya lagi.
“Kementerian, sebahagian daripada petunjuk prestasi utama 100 hari adalah memberi tumpuan kepada inisiatif transformasi dalam kerajaan dan Parlimen dan menyemak MA63,” katanya kepada wartawan selepas melawat kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di Sabah hari ini. – 2 Oktober, 2021.