Iklan

UM tangguh kenaikan yuran pengajian

Hailey Chung Wee Kye3 years ago3rd Oct 2021Berita
49933375131 1e85b5a0ac o
KMUM mempersoalkan keputusan universiti menaikkan yuran pengajian bagi sesi 2021/2022. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Oktober, 2021.
Iklan

UNIVERSITI Malaya (UM) bersetuju menangguhkan kenaikan yuran pengajian seperti yang diumumkan kepada pelajar baharu sesi 2022/2023.

Dalam satu kenyataan, Naib Canselor UM Mohd Hamdi Abdul Shukor menyatakan keputusan itu dibuat untuk menjaga kebajikan pelajar terutamanya selepas negara ini dilanda pandemik.

“Sekalipun program ditawarkan (di UM) adalah yang terbaik di dunia dan memerlukan perbelanjaan tinggi seperti kenaikan kos akreditasi, kami bersetuju untuk menangguhkan keputusan menaikkan yuran berikutan keadaan Covid-19 ketika ini,” katanya.

Beliau berkata, pengurusan universiti itu akan mempunyai wakil pelajar terbabit dalam jawatankuasa yuran UM untuk mendapatkan maklum balas mengenai yuran pengajian.

Semalam, Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) mempersoalkan keputusan universiti menaikkan yuran pengajian bagi sesi 2021/2022.

Mereka turut menuntut penjelasan kenapa program aliran seni mengalami peningkatan ketara berbanding aliran sains, yang mana penggunaan alatan praktikal disertakan.

Selain itu, Kementerian Pendidikan Tinggi juga mengesahkan pada 30 Jun bahawa tidak akan ada kenaikan yuran bagi pelajar di institusi pengajian tinggi.

Mohd Hamdi berkata, universiti itu menghormati hasrat Menteri Pengajian Tinggi untuk mengutamakan kebajikan pelajar. – 3 Oktober, 2021.

Iklan
Iklan