Iklan

Kes Covid-19 Langkawi tidak membimbangkan, kata pemain industri pelancongan

Khoo Gek San3 years ago10th Oct 2021Berita
49936565628 2ff3d92f86 o
Pantai Cenang antara tarikan utama pelancong yang datang ke Langkawi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Oktober, 2021.
Iklan

KES Covid-19 yang berkaitan dengan destinasi percutian Langkawi baru-baru ini tidak perlu dikhuatiri, menurut pengusaha pelancongan, kerana sebahagian besarnya dikesan sebelum melakukan perjalanan ke pulau itu, sementara kes di pulau itu dibendung dengan cepat.

Berita mengenai 149 pelancong ke Langkawi diuji positif Covid-19 mesti difahami dengan teliti, kerana mereka dikesan di pintu masuk laut dan udara. Mereka tidak menjejak kaki di pulau itu, yang mengetuai konsep “gelembung pelancongan” yang mana hanya pelancong telah divaksinasi sepenuhnya dan diperiksa Covid-19 dibenarkan untuk melancong.

Kes lebih 50 kakitangan di sebuah hotel di Langkawi yang diuji positif juga cepat ditangani, kata Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Yap Lip Seng.

Beliau berkata, kesannya minimal kerana pihak berkuasa kesihatan dan pengusaha hotel Langkawi bertindak pantas untuk mengurangkan risiko penularan.

Yap berkata, purata kemasukan pelancong di hotel 4 dan 5 bintang di pulau itu adalah 40% dan tempahan baharu sedia diterima.

“Ini kerana semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi pencegahan wabak. Tahap keyakinan adalah tinggi,” katanya.

Pengusaha hotel juga bersedia dengan pelan kecemasan untuk mengurus dan melakukan pengasingan sekiranya berlaku wabak. Pelan itu diperlukan sebagai sebahagian daripada hidup dengan virus ketika negara bergerak menuju tahap endemik Covid-19, kata Yap.

Kunci utama kepada pelan itu adalah laporan yang pantas mengenai kes baharu kepada pihak berkuasa kesihatan tempatan dan pihak berkepentingan industri lain, katanya.

Presiden Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) Emmy Suraya Hussein berkata, sejak gelembung pelancongan Langkawi bermula pada 16 September, hotel kecil dan sederhana kurang menjadi tumpuan berbanding pemain industri yang lebih besar.

Sesetengahnya kekurangan kakitangan dan perlu merekrut lagi untuk menjangkakan lebih banyak tetamu apabila harga bilik di hotel yang lebih besar meningkat.

“Pelancong memilih hotel 4 dan 5 bintang yang memberi diskaun lumayan untuk menarik tetamu. Sebelum berlakunya wabak ini, harga bilik di hotel ini boleh mencecah RM1,800, tetapi ia dikurangkan kepada beberapa ratus ringgit saja semalam. Sudah tentu, pelancong akan memilih hotel mewah ini yang mempunyai kemudahan lengkap.

“Tetapi ketika harga meningkat (berikutan permintaan), pelancong akan mulai memilih hotel kecil dan kelas menengah serta hotel bisnes. Kami sudah melihat kadar penghuni di hotel kecil meningkat dalam seminggu terakhir.”

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan