Iklan

Umno minta bantuan henti krisis Melaka, kata DAP

Malacca politic 20211009 hasnoor 008
Krisis politik Melaka bermula apabila empat Adun menarik balik sokongan kepada Ketua Menteri. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 11 Oktober, 2021.
Iklan

ADA percubaan saat-saat akhir oleh speaker Melaka untuk meminta pertolongan DAP bagi menyelamatkan kerajaan pimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali daripada tumbang, kata ketua parti negeri itu Tey Kok Kiew.

Tey berkata, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Ab Rauf Yusoh mendesak DAP campur tangan untuk menyelamatkan kerajaan negeri susulan penarikan diri empat Adun daripada pakatan kerajaan negeri.

“Speaker Ab Rauf meminta kami (DAP) menghentikan usaha empat Adun itu atau beliau akan membubarkan (DUN),” kata Tey.

Tey berkata, beliau kemudian membincangkan perkara itu dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan mendapati Umno tidak berada dalam kedudukan terbaik untuk menghentikan apa yang berlaku di Melaka.

“Ini kerana mereka (Umno) menjadi sebahagian daripada masalah. Kami tidak mahu campur tangan dalam masalah mereka.

“Kami kemudian memutuskan Yang Dipertua Negeri Melaka Mohd Ali Rustam adalah orang terbaik untuk menyelesaikan krisis Melaka,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Minggu lalu, Melaka dilanda pergolakan politik selepas Ketua Menteri Sulaiman, juga dari Umno, kehilangan sokongan empat Adun.

Mereka adalah bekas ketua menteri dan Adun Sungai Udang, Idris Haron, Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu), Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Nor Azman Hassan (Pantai Kundor).

Berikutan itu, Yang Dipertua Negeri membubarkan DUN sekali gus membuka jalan untuk pilihan raya negeri.

Idris mengesahkan pemimpin Umno bertemu dengan parti pembangkang negeri DAP sebelum pembubaran DUN.

“Rauf mengakui beliau bertemu dengan DAP bersama pemimpin lain iaitu timbalan pengerusi. Beliau berkomplot untuk bertemu DAP bagi menawarkan mereka jawatan Exco,” kata Idris. – 11 Oktober, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan