Iklan

Peniaga Jonker Walk harap ada sinar baharu

Iklan

PENIAGA di pasar terbuka popular di Melaka, Jonker Walk yang terjejas akibat pandemik Covid-19 perlu terus bersabar sedikit masa lagi sebelum keadaan kembali normal.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Jonker Walk, Gan Tian Loo memberitahu The Malaysian Insight buat masa ini perniagaan terjejas teruk dengan hanya kira-kira 10% beroperasi.

Beliau bagaimanapun percaya orang ramai akan kembali selepas kerajaan memberi kebenaran rentas negeri berkuatkuasa hari ini.

“Walaupun hanya beberapa kedai yang dibuka untuk semula, kami percaya ramai akan berkunjung ke Jonker Walk kerana ini adalah tempat ikonik di Melaka, dan merupakan lokasi warisan dunia.

“Rakyat Malaysia tidak dapat melakukan perjalanan sekarang. Oleh itu, setelah dibuka (rentas negeri), pasti ramai akan datang ke sini,” katanya.

Beliau menambah, peniaga menjangkakan jumlah pengunjung akan bertambah tetapi turut menyedari kenaikan itu tidak akan berlaku secara mendadak.

Jonker Walk yang terletak di tengah-tengah kota Melaka terkenal dengan bangunan warisannya serta pusat membeli-belah dan hiburan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 11 Oktober 2021.

Kerajaan Melaka membenarkan peniagaan di Jonker Walk beroperasi semula awal bulan lalu dengan syarat mereka perlu lengkap divaksinasi.

Kementerian Kesihatan sebelum ini berkata Malaysia dapat mencapai sasaran 90% populasi dewasa lengkap vaksin pada minggu depan.

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran rentas negeri kepada rakyat Malaysia yang lengkap divaksin bermula hari ini.

Jonker Walk yang terletak di tengah-tengah kota Melaka terkenal dengan bangunan warisannya serta pusat membeli-belah dan hiburan.

Gan berkata terdapat kira-kira 200 peniaga di Jonker Walk dan kawasan sekitarnya.

Pandemik Covid-19 menyebabkan hampir 60% kedai di sini terpaksa gulung tikar kerana mereka tidak dapat membuka perbiagaan berikutan kawalan pergerakan. – 11 Oktober, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan