Iklan

Zahid berkuasa dalam Yayasan Akalbudi, kata pendakwaan

Hailey Chung Wee Kye3 years ago11th Oct 2021Berita
Zahid hamidi tmi 01
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menghadapi pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan jutaan ringgit daripada dana Yayasan Akalbudi.– Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Oktober, 2021.
Iklan

AHMAD Zahid Hamidi berkuasa dan mempunyai kawalan penuh ke atas Yayasan Akalbudi miliknya, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Menurut saksi, ‘apa bos hendak, bos akan dapat’, kata Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran pada perbicaraan membabitkan presiden Umno itu. 

Zahid menghadapi pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan jutaan ringgit daripada dana Yayasan Akalbudi.

Raja Rozelan memberitahu mahkamah bekas pemegang amanah; Mohd Samsuri Tun, Zulkifli Senteri, Muhammad Nabil Saleh dan Khairuddin Tarmizi dalam keterangan sebelum ini berkata mereka tidak tahu menahu mengenai operasi yayasan terbabit.

Keempat-empat saksi juga menafikan mereka penandatangan rasmi Yayasan Akalbudi.– 11 Oktober, 2021.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan