Iklan

Peguam tak yakin pasukan petugas khas dapat temui pelaku kematian Adib

Hailey Chung Wee Kye3 years ago12th Oct 2021Berita
49935264832 162735c2d9 b
Adib Mohd Kassim, anggota EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya meninggal dunia selepas mengalami kecederaan serius semasa rusuhan di luar Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya pada 27 November 2018. – Gambar fail The Malaysian Insi12 Oktober, 2021.
Iklan

PASUKAN petugas khas untuk mencari pelaku kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim tidak mungkin akan berjaya kerana siasatan sebelum ini sudah menggunakan semua petunjuk.

Bagaimanapun kes itu dapat dikaji semula, kata peguam hak asasi manusia Andrew Khoo dan M. Visnanathan.

Beliau bagaimanapun mempersoalkan mengapa tidak ada usaha seperti itu dilakukan untuk kontroversi dan juga kehilangan lain.

“Sekiranya polis dan Jabatan Peguam Negara selama ini tidak dapat mengenal pasti pelakunya, saya tidak pasti pasukan petugas khas dapat mencarinya.

“Lebih baik petugas tugas khas dapat mengenal pasti kelemahan dan kekurangan dalam siasatan serta inkues dan menyarankan penambahbaikan prosedur dalaman,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Sebelum ini Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Kabinet bersetuju membentuk sebuah jawatankuasa khas memastikan siasatan menyeluruh, telus dan tepat mengenai kematian Adib.

Adib, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya mengalami kecederaan serius semasa rusuhan di luar Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Dia meninggal dunia kemudian pada 17 Disember di Institut Jantung Negara.

Siasatan koroner mengenai kematiannya memutuskan pada 27 September 2019 kematian Adib disebabkan oleh tindakan jenayah yang dilakukan oleh lebih daripada dua orang yang tidak dikenali.

Pada Ogos tahun lalu, polis mengusulkan siasatan kedua kerana saksi baharu telah tampil, kata Khoo.

“Kita harus mempersoalkan mengapa saksi-saksi ini tidak dapat dikenal pasti sebelum ini.

“Polis juga menyarankan agar dikenakan hukuman terhadap 12 orang tetapi hanya untuk kesalahan perhimpunan haram. Itu tidak memberikan perkembangan dari segi keadilan bagi Adib dan keluarganya,” Khoo. – 12 Oktober, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan