Iklan

9 j/kuasa pilihan Parlimen baharu, ramai wakil pembangkang

Chan Kok Leong3 years ago12th Oct 2021Berita
49933637662 1339d229ac o
Dalam senarai ditandatangani oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun, ahli Parlimen kerajaan akan mengetuai lapan daripada sembilan jawatankuasa pemilih. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Oktober, 2021.
Iklan

LEBIH ramai ahli Parlimen pembangkang dinamakan untuk Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen selaras dengan pembaharuan yang dipersetujui di bawah perjanjian persefahaman (MoU) antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH).

Dalam rombakan itu, terdapat sembilan Jawatankuasa Pilihan Khas baharu dengan setiap jawatankuasa mempunyai sembilan ahli Parlimen terdiri daripada lima wakil kerajaan dan empat pembangkang.

Dalam senarai ditandatangani oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun, ahli Parlimen kerajaan akan mengetuai lapan jawatankuasa tersebut.

Hanya Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi dengan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) diketuai ahli Parlimen pembangkang iaitu Dr Kelvin Yii (PH-Bandar Kuching) dan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur).

Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata senarai itu masih belum muktamad.

“Jawatankuasa Pemandu MoU telah bersetuju bahawa 5 jawatankuasa pilihan akan dipengerusikan oleh ahli Parlimen kerajaan sementara 4 lagi diketuai ahli Parlimen pembangkang,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Menariknya, tidak ada seorang pun dari ahli Parlimen Pejuang berada dalam salah satu jawatankuasa tersebut. Satu-satunya ahli Parlimen bebas yang berada dalam jawatankuasa pendidikan ialah Dr Maszlee Malik (Simpang Rengam).

Perdana Menteri Ismail Sabri dan PH menandatangani MoU pada 13 September lepas dalam usaha untuk menamatkan kemelut politik yang mengakibatkan dua perubahan kerajaan dalam tempoh 17 bulan.

Perjanjian itu antara lain agar Ismail Sabri tidak membubarkan Parlimen sebelum 31 Julai 2022, dan akan melaksanakan reformasi besar bagi membersih dan menjadikan institusi negara lebih telus.

Sebaliknya, gabungan PH berjanji untuk bekerjasama dengan kerajaan mengenai langkah-langkah tersebut.

Jawatankuasa pemilih adalah seperti berikut:

1. Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi

Pengerusi: Azizah Mohd Dun (PN-Beaufort), Zakaria Mohd Edris (PN-Libaran), Nazri Abdul Aziz (BN-Padang Rengas), Anyi Ngau (GPS-Baram), Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas), Hassan Karim (PH-Pasir Gudang), Ngeh Koo Ham (PH-Beruas), Madius Tangau (PH-Tuaran) dan Charles Santiago (PH-Klang).

2. Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi

Pengerusi: Hasan Ariffin (BN-Rompin), Mohd Redzuan Md Yusof (PN-Alor Gajah), Idris Jusoh (BN-Besut), Robert Lawson Chuat (GPS-Betong), Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PN-Kuala Nerus), Wong Chen (PH-Subang), Dr Ong Kian Meng (PH-Bangi), Khalid Samad (PH-Shah Alam) dan Teresa Kok (PH-Seputeh).

3. Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan

Pengerusi: Abd Rahim Bakri (PN-Kudat), Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak), Ramli Mohd Nor (BN-Cameron Highlands), Wilson Ugak Anak Kumbong (GPS-Hulu Rajang), Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PN-Bachok), Johari Abdul (PH-Sg Petani), Mohamad Sabu (PH-Kota Raja), Lim Lip Eng (PH-Kepong) dan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang).

4. Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Agensi-agensi di bawah Pejabat Perdana Menteri

Pengerusi: Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai), Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak), Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit), Anyi Ngau (GPS-Baram), Shaharizukiman Abd Kadir (PN-Setiu), Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka), Mohd Azis Jamman (Warisan-Sepanggar), William Leong (PH-Selayang) dan Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu).

5. Jawatankuasa Pilihan Khas Pertanian dan Perdagangan Dalam Negeri

Pengerusi: Ahmad Maslan (BN-Pontian), Zakaria Mohd Idris (PN-Libaran), Salim Sharif (BN-Jempol), Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar), Che Abdullah Mat Nawi (PN-Tumpat), Ma’mun Sulaiman (Warisan-Kalabakan), Salahuddin Ayub (PH-Pulai), Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Baru) dan Cha Kee Chin (PH-Rasah).

6. Jawatankuasa Pilihan Khas Pembangunan Infrastruktur

Pengerusi: Yusuf Abd Wahab (GPS-Tg Manis), Zakaria Mohd Idris (PN-Libaran), Jazlan Yaakub (BN-Machang), Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling), Sabri Azit (PN-Jerai), Chang Lih Kang (PH-Tg Malim), Osar Lng (PH-Sibu), Noor Amin Ahmad (PH-Kangar).

7. Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan

Pengerusi: Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Mahang), Mohd Fasiah Mohd Fakeh (PN-Sabak Bernam), Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut), Ahmad Johnis Zawawi (GPS-Igan), Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai), Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa), Teo Nie Ching (PH-Kulai), Dr Maszlee Malik (Bebas-Simpang Renggam) dan V Sivakumar (PH-Batu Gajah).

8. Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Sosial

Pengerusi: Azalina Othman Said (BN-Pengerang), Hasan Ariffin (BN-Rompin), Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan), Che Alias ​​Hamid (PN-Kemaman), Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik), Fuziah Salleh (PH-Kuantan), Alice Lau (PH-Lanang), Hannah Yeoh (PH-Segambut) dan Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai).

9. Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi

Pengerusi: Dr Kelvin Yii (PH-Bandar Kuching), Mohd Redzuan Md Yusof (PN-Alor Gajah), Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling), Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), Lukaniaman Awang Sauni (GPS-Sibuti), Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun), Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor), Dr Lee Boon Chye (PH-Gopeng), Yeo Bee Yin (PH-Bakri). – 12 Oktober, 2021.

Iklan
Iklan