Iklan

Lebih 11,000 suntikan penggalak Covid-19 diberikan di Sarawak

Desmond Davidson3 years ago19th Oct 2021Berita
51013703263 d6b510aaf7 o
11,156 orang di Sarawak yang menerima suntikan penggalak Covid-19, setakat Ahad, merupakan petugas perubatan dan kesihatan, anggota polis, anggota bomba dan penyelamat dan mereka yang mempunyai komorbiditi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Oktober, 2021.
Iklan

LEBIH 11,000 orang di Sarawak yang terdiri daripada barisan hadapan dan warga emas dengan sistem kekebalan tubuh yang lemah telah mendapat suntikan penggalak Covid-19 mereka, kata Jabatan Kesihatan negeri hari ini.

11,156 orang yang menerima suntikan itu, setakat Ahad, merupakan petugas perubatan dan kesihatan, anggota polis, anggota bomba dan penyelamat dan mereka yang mempunyai komorbiditi.

Negeri ini mula beri suntikan penggalak pada 13 Oktober.

Vaksinasi diberikan di klinik dan hospital swasta terpilih, sementara petugas perubatan dan kesihatan, dari sektor awam dan swasta, mendapatkan suntikan di tempat kerja mereka.

Dalam kemas kini program vaksinasi negeri, Jabatan Kesihatan negeri berkata semua remaja negeri ini, yang berusia antara 12 dan 17 tahun, akan diberi vaksin sepenuhnya pada akhir bulan hampir seminggu terlewat daripada tarikh asal iaitu pada 26 Oktober.

Jabatan kesihatan turut menyatakan pada Ahad, 231,803 remaja berusia 12 hingga 17 tahun, atau 79.1 peratus daripada 295,174 populasi belia negeri ini telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin, sementara 121,030 dari mereka, atau 41.3 peratus, telah mendapat dua dos sejak kempen vaksinasi belia negeri bermula pada 8 September.

Mereka yang berumur 16 hingga 17 tahun dan mereka yang berumur 12 hingga 15 tahun dengan masalah kesihatan yang serius diberi vaksin terlebih dahulu, sementara yang berusia 12 hingga 15 tahun tanpa komorbiditi diberi vaksin mulai 24 September.

Secara keseluruhan, 90.7 peratus penduduk dewasa Sarawak, atau 70.1 peratus daripada keseluruhan 1.5 juta penduduk telah divaksin sepenuhnya setakat Ahad lalu, kata jabatan itu. – 19 Oktober, 2021.

Iklan
Iklan