Iklan

Jangan harap pengumuman PRN Sarawak semasa lawatan PM, kata Wan Junaidi

Desmond Davidson3 years ago23rd Oct 2021Berita
49932479942 e353b6bd4a o
Wan Junaidi berkata, Sarawak kini dalam keadaan darurat jadi ada proses undang-undang yang perlu diselesaikan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Oktober, 2021.
Iklan

TIADA sebarang pengumuman mengenai pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ketika lawatan kerja Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob ke Kuching hari ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Jangan harapkannya. Ia hanya bermakna tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong dan proses undang-undang.

“Keputusan (bila untuk mengadakan pilihan raya) bukan terletak di bahu perdana menteri.

“Ia adalah keputusan Agong,” kata menteri undang-undang itu ketika rakyat Sarawak, yang teruja dengan laporan berita mengenai pembubaran dewan undangan negeri dan komen seorang menteri Khamis lalu supaya menunggu “sehari atau dua”, menjangkakan perdana menteri akan membuat pengumuman pada majlis pelancaran Keluarga Malaysia di Kuching malam ini.

Wan Junaidi berkata, oleh kerana Sarawak masih dalam keadaan darurat, ada proses undang-undang yang perlu dilalui membabitkan Yang di-Pertua Negeri, perdana menteri dan Agong untuk menarik balik darurat terlebih dahulu sebelum tarikh pilihan raya dapat diputuskan.

Beliau berkata, Agong harus berunding dengan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud, kemudian perdana menteri mengenai situasi kesihatan sebelum menarik semula perintah darurat.

“Baginda (Agong) sudah berjumpa TYT (Yang di-Pertua Negeri). Tetapi baginda masih belum bertemu perdana menteri mengikut Perkara 40 perlembagaan persekutuan.”

Pertemuan dengan perdana menteri menurut Wan Junaidi “tidak lama lagi.” – 23 Oktober, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan