Iklan

Mahkamah benar pinda tarikh pelepasan pasport Najib ke Singapura

Hailey Chung Wee Kye3 years ago26th Oct 2021Berita
Najib razak 201017 tmiseth 02
Najib Razak akan ke Singapura pada 21 November, sehari selepas pilihan raya Melaka dan kembali ke tanah air pada 5 Disember. – Gambar The Malaysian Insight, 26 Oktober, 2021.
Iklan

MAHKAMAH membenarkan permohonan bekas perdana menteri Najib Abdul Razak untuk memindah tarikh pelepasan pasportnya ke Singapura, yang membolehkan beliau memimpin pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Tiga hakim berasingan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan dokumen perjalanan Najib diubah dari 25 Oktober hingga 6 Disember untuk melawat cucunya yang baru lahir di Singapura.

Ahli Parlimen Pekan itu akan berangkat ke Singapura pada 21 November, sehari selepas pilihan raya Melaka; manakala kembali ke tanah air pada 5 Disember, dan akan menjalani kuarantin selama tujuh hari.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan membenarkan pasport Najib yang dirampas dikembalikan buat sementara waktu dari 20 Oktober hingga 22 November untuk membolehkan beliau melawat anak perempuannya yang sarat mengandung, Nooryana Najwa di Singapura.

Hakim Mahkamah Tinggi yang mempengerusikan perbicaraan rasuah Najib ialah Mohamed Zaini Mazlan bagi kes pindaan laporan audit Najib 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Collin Lawrence Sequerah bagi kes 1MDB-Tanore Najib dan Muhammad Jamil Hussin bagi perbicaraan International Petroleum Investment Co (IPIC).

Di mahkamah berasingan hari ini, ketiga-tiga hakim membenarkan permintaan itu, tertakluk kepada persetujuan pengaturan baharu tarikh perbicaraan.

Tiada satu pun pihak pendakwaan perbicaraan ini membantah permohonan Najib.

Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah hari ini memberitahu Hakim Zaini yang Najib diperlukan untuk mengetuai Barisan Nasional (BN) dan Umno dalam pilihan raya Melaka sejak presiden Umno sekarang (Ahmad Zahid Hamidi) dimasukkan ke hospital.

Hari penamaan calon PRN Melaka jatuh pada 8 November, manakala tarikh pengundian pada 20 November.

Lawatan ke Singapura itu akan menjadi lawatan pertama Najib ke luar negara dalam tempoh tiga tahun sejak kerajaan BN kalah PRU14 pada 2018. – 26 Oktober, 2021.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan