Iklan

Najib saman Tommy Thomas, kerajaan 'berniat jahat' dakwanya

Hailey Chung Wee Kye3 years ago26th Oct 2021Berita
49932479157 790ea5cd7b o
Bekas perdana menteri Najib Razak telah memfailkan saman sivil terhadap bekas peguam negara Tommy Thomas dan kerajaan kerana "mendakwanya dengan niat jahat". – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Oktober, 2021.
Iklan

BEKAS perdana menteri Najib Razak telah memfailkan saman sivil terhadap bekas peguam negara Tommy Thomas dan kerajaan Malaysia di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, mengemukakan yang beliau “didakwa dengan niat jahat”.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata Tommy telah menggunakan jawatannya untuk bertindak terhadap Najib “secara salah, berniat jahat dan dengan niat buruk”, serta “melangkaui kuasanya” mendakwa Najib dan mengganggu siasatan.

Dalam pernyataan tuntutan difailkan pada 22 Oktober yang dilihat oleh The Malaysian Insight, Najib berkata fakta menunjukkan pertuduhan ke atasnya adalah “sebahagian daripada rancangan yang telah lama dirancang oleh Tommy Thomas”, yang “selari dengan rancangan kerajaan yang terkemudian” (merujuk kepada Pakatan Harapan).

“Tommy secara konsisten berprasangka buruk terhadap Najib sebelum dilantik sebagai Peguam Negara, semasa memegang jawatan dan meneruskannya selepas berundur. Tommy bertekad untuk dakwa Najib walaupun sebelum kaji kes itu.

“Pada hari pertama sebagai Peguam Negara, beliau berkata keutamaan utamanya adalah untuk mengkaji perkara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan memulakan prosiding sivil dan jenayah terhadap orang yang berkaitan. Ini selari dengan manifesto kerajaan,” kata tuntutan itu.

Tommy merupakan Peguam Negara dari 4 Jun 2018 hingga 28 Februari 2020 dan kini seorang peguam amalan sivil.

Najib mendakwa beliau dituduh secara salah atas kes 1MDB, kes International Petroleum Investment Company (IPIC), dakwaan salah guna kuasa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan dakwaan pengubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Beliau juga secara khusus menyatakan bukan pertuduhan di bawah kes SRC International yang telah disabitkan dengan Najib.

Najib turut berkata Tommy, dalam melanggar kewajipannya, telah menyebabkan bekas presiden Umno itu mengalami kerugian dan kerajaan bertanggungjawab atas kesalahan Tommy sebagai kakitangan kerajaan.

Najib dikatakan telah hilang reputasi dan kerjaya politiknya tercalar, hilang kebebasan di bawah siasatan pihak berkuasa, dan telah mengalami kesakitan, penderitaan dan trauma sehingga hari ini.

Beliau juga mengalami kerugian kewangan berjumlah RM1,941,988.

Katanya ganti rugi “terburuk” dan “teladan” ini sepatutnya diberikan kepadanya semula.

Firma guaman Raj, Ong & Yudistra mewakili Najib.

Mahkamah Tinggi menetapkan sebutan semula kes pada 19 November.

Pada Februari, Najib berkata beliau bersedia untuk ambil tindakan terhadap Tommy, dengan merancang untuk saman Tommy atas tuduhan memfitnah dan menghina mahkamah.

Dilaporkan Najib memfailkan surat tuntutan terhadap Tommy. – 26 Oktober, 2021.

Iklan
Iklan