Iklan

Najib saman Tommy Thomas, penerbit buku

Hailey Chung Wee Kye3 years ago27th Oct 2021Berita
1mdb 060820 tmiseth 03
Najib Razak dakwa Tommy Thomas memfitnah dengan mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya walaupun tidak menyebut nama beliau. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Oktober, 2021.
Iklan

BEKAS perdana menteri Najib Razak memfailkan saman terhadap bekas peguam negara Tommy Thomas dan penerbit GB Gerakbudaya Sdn Bhd kerana kenyataan fitnah dalam buku terlaris, “My Story: Justice in the Wilderness”.

Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa Thomas membuat “kenyataan fitnah yang sangat serius” dalam Bab 42 berhubung pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

“Sebilangan besar pembaca tetapi tidak disahkan berkata kenyataan yang dipersoalkan adalah dengan mudah mengenal pasti Najib sebagai individu yang ditulis, kononnya dikaitkan dengan jenayah kejam itu,” kata kenyataan tuntutan yang dilihat oleh The Malaysian Insight.

Tetuan Shafee dan Co yang mewakili Najib memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Najib sedang menuntut ganti rugi yang tidak dinyatakan dan mahu perkataan dan kenyataan yang dianggap berunsur fitnah dikeluarkan daripada memoir itu.

Najib juga mahu permohonan maaf daripada Thomas dan GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd serta injunksi kekal yang mereka tidak akan menyiarkan sebarang fitnah mengenainya. – 27 Oktober, 2021.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan