Sarawak tingkatkan jumlah penerbangan mingguan dari 89 ke 223
Iklan
SARAWAK meluluskan kekerapan penerbangan ke negeri itu dari 89 seminggu kepada 223 bermula Isnin, 1 November, kata Menteri Pengangkutan Sarawak Lee Kim Shin hari ini dan menambah terpulang kepada syarikat penerbangan untuk mulakan operasi dengan jadual baharu itu.
Mengulas mengenai kritikan oleh Ahli Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii berhubung kadar tambang penerbangan tinggi ke Sarawak, Lee berkata kementeriannya telah mengusulkan cadangan untuk meningkatkan kekerapan itu kepada jawatankuasa pengurusan bencana negeri, Kementerian Pengangkutan persekutuan, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) Isnin lalu.
“Setakat hari ini, semua syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines Berhad, Airasia Berhad, Malindo Airways Sdn Bhd, Scoot Tigerair Pte Ltd dan MASwings Sdn Bhd telah dimaklumkan oleh Mavcom mengenai kelulusan kekerapan penerbangan baharu untuk tindakan seterusnya.
“Ini untuk mengesahkan jadual penerbangan mereka, menggerakkan tenaga kerja dan pesawat mereka untuk memenuhi keperluan baharu,” kata Lee.
Peningkatan jumlah penerbangan ke Kuching ialah daripada 44 kali seminggu kepada 114, Miri daripada 19 kepada 40 kali seminggu, Sibu (lapan kepada 31), Bintulu (enam hingga 24), Limbang dan Lawas (lima hingga tujuh) manakala kekerapan ke Mulu dikekalkan pada tujuh kali seminggu.
Lee berkata kementeriannya percaya dengan peningkatan kekerapan, serta jadual, ia akan mengurangkan pengehadan penerbangan dan mengurangkan tambang penerbangan.
Pada masa ini tiada sekatan ke atas kekerapan penerbangan domestik di Sarawak. – 28 Oktober, 2021.
Berita penuh di sini.